Don’t miss out to grab your favourite colors on Plain Series. We ship worldwide.
Ada tiga waktu utama terkabulnya doa di bulan Ramadhan:
Dari Abu Hurairah radhiyallahu’anhu, Nabi s.a.w. bersabda:
يَنْزِلُرَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَيَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ يَقُولُ مَنْ يَدْعُونِى فَأَسْتَجِيبَ لَهُمَنْ يَسْأَلُنِى فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِى فَأَغْفِرَ لَهُ
“Rabb kita tabaraka wata’ala turun ke langit dunia ketika sepertiga malam terakhir. Lantas Allah berfirman, “Siapa saja yang berdo’a kepada-Ku, maka akan Aku kabulkan.Siapa yang meminta kepada-Ku, maka Aku beri. Siapa yang meminta ampunan kepada-Ku, maka akan Aku ampuni.” (HR. Bukhari, no. 1145 dan Muslim, no.758).
Ibnu Hajar juga menjelaskan hadis di atas dengan berkata, “Do’a dan istighfar di waktu sahur mudah dikabulkan.” (Fath Al-Bari, 3: 32)
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
ثَلاَثَةٌلاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمُ الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ وَالإِمَامُ الْعَادِلُوَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ
“Tiga orang yang do’anya tidak tertolak: orang yang berpuasa sampai ia berbuka, pemimpin yang adil, dan do’a orang yang dizalimi.” (HR. Ahmad 2: 305.
Syeikh Syu’aib AlArnauth mengatakan bahawa hadis ini shahih dengan berbagai jalan dan penguatnya)
Imam Nawawi rahimahullah berkata, “Disunnahkan orang yang berpuasa untuk memperbanyak do’a demi urusan akhirat dan dunianya, juga ia boleh berdo’a untuk hajat yang ia inginkan, begitu pula jangan lupakan do’a kebaikan untuk kaum muslimin secara umum.” (Al-Majmu’, 6: 273)
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
ثَلاَثَةٌلاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمُ الإِمَامُ الْعَادِلُ وَالصَّائِمُ حِينَ يُفْطِرُوَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ
“Ada tiga orang yang do’anya tidak ditolak : (1) Pemimpin yang adil, (2) Orang yang berpuasa ketika dia berbuka, (3) Do’a orang yang terzalimi.” (HR. Tirmidzi no. 2526, 3598 dan Ibnu Majah no. 1752.
Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahwa hadis ini hasan).Dalam Tuhfah Al-Ahwadzi (7: 278) disebutkan bahawa kenapa do’a mudah dikabulkan ketika berbuka puasa iaitu kerana saat itu, orang yang berpuasa telah menyelesaikan ibadahnya dalam keadaan tunduk dan merendahkan diri.
Amalan Rasulullah sebelum tidur menjadi ibadah sunah bagi umat Islam. Beberapa amalan yang beliau terapkan setiap hari memberi nilai positif bagi kesihatan tubuh dan mental, termasuk meningkatkan iman pada Allah SWT. Bagi seorang muslim, alangkah baiknya menyerahkan diri dengan pasrah yang tulus pada Allah SWT menjelang tidur. Dibawah Kak M kongsikan beberapa amalan Rasulullah sebelum…
5 Keistimewaan Bulan Ramadhan, Muslim Wajib Tahu dan Faham Bulan suci Ramadhan 2022 tinggal beberapa hari lagi. Dalam proses melaksanakan ibadah, sudah tentu banyak kebaikan yang ada halangan dan dugaan. Korang mesti tak sabar kan nak melaksanakan ibadah dibulan Ramadhan ni? Banyak ganjaran pahala yang kita akan dapat. Sebagai umat Islam, wajib kita mengetahui beberapa…
Selain menjaga hubungan dengan Allah, manusia juga perlu menjaga hubungan sesama manusia. Seorang muslim yang baik dari segi mental dan fizikal sangat dituntut untuk bergaul dengan masyarakat dan yang menjadi kepentingan dalam pergaulan adalah akhlak yang mulia kerana akhlak yang mulia itu adalah cerminan kesempurnaan iman seseorang muslim. Menjaga hubungan sesama manusia bukan sahaja terhadap…
Diriwayatkan daripada Ummul Mukminin A’isyah R.anha beliau berkata: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مَا لاَ يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ Maksudnya: Adalah Rasulullah S.A.W itu bersungguh-sungguh (dalam beribadah) pada sepuluh yang terakhir (dari bulan Ramadhan) melebihi ibadah baginda pada hari-hari yang lain. Riwayat Muslim (1175) Di antara amalan yang baginda lakukan…
Aidilfitri dah tak lama bakal menjelang. Korang dah buat persiapan untuk Raya ke belum tuu? Lebaran 2022 ini pasti lebih meriah kerana kita sudah boleh beraya seperti dahulu walaupun kita masih dalam fasa endemik dan perlu menjaga SOP. Kita dapat merentas daerah dan negeri untuk pulang ke kampung halaman dan ziarah-menziarahi sanak-saudara kita. Hari Raya…
Cara Susun Tudung Dengan Kemas & Teratur Setiap kali musim perayaan mesti koleksi tudung akan bertambah dengan sendirinya. Pasti korang pun sama dengan Kak M kan. Yelah nak ikut tema warna baju raya kan. Kang tak sedondon pulak. Sekali sekala layan color block tu boleh… tapi kalau selalu sangat peliklah pulak. Kali ini Kak M…
Copyright © 2022, Maryam Khadijah, All Rights Reserved.
WhatsApp us