Help | Blog

Grab the special price for the Super Combo only for 5 Days. We ship worldwide.

TIPS PEMILIHAN WARNA TUDUNG

TIPS PENTING HIJABER UNTUK MEMILIH WARNA TUDUNG

Penampilan diri yang menarik akan menambahkan lagi keyakinan diri seorang hijaber atau hijabista. Dengan itu, pemilihan warna tudung yang bersesuaian amatlah penting supaya ia dapat meningkatkan lagi keserian pada wajah hijaber tersebut. Mungkin ada sesetengah daripada hijabi jenis golongan yang berani main dengan warna. Namun tidak semua orang memiliki keberanian seperti itu, untuk golongan seperti ini mereka perlu berhati-hati ketika memilih warna tudung agar tidak menyesal di kemudian hari. Pemilihan warna tudung amatlah penting terutama sekali untuk tone kulit asia. Sebagai contoh tone kulit sawa matang kurang sesuai mengenakan tudung yang berwarna terang atau neon.


Oleh itu, sebelum membeli apa-apa tudung anda perlu make sure kenal pasti terlebih dahulu warna tudung yang sesuai dengan tone kulit. Antara tips yang boleh korang praktiskan untuk lebih mudah mengenali kesesuaian warna ialah dengan cara mencuba setiap warna tudung ataupun boleh letakkan sahaja kain tudung pada belakang tangan. Selain itu, anda juga boleh pilih tudung dengan cara melihat kesesuaian dengan personaliti diri. Minta pendapat orang-orang terdekat sama ada warna tersebut sesuai atau tidak dengan anda. Dengan cara ini anda akan lebih memudahkan anda untuk memilih warna tudung. Misalnya, untuk personaliti hijabi yang kasar mereka kebiasaannya akan memilih warna yang gelap seperti hitam dan biru gelap.


Bagi sesetengah orang tertanya-tanya, mengapa penting sangat untuk seseorang hijaber memilih warna yang sesuai dengan tone kulit dan personaliti mereka? Hal ini kerana, seperti yang diberitahu di atas tadi tak semua perempuan berani bermain dengan warna. Sekiranya warna tudung yang dipilih tidak kena dengan tone kulit, kesannya mereka akan kurang selesa atau tak confident nak berhadapan dengan orang lain.

Antara sebab lain yang menjadikan pemilihan warna amatlah penting ialah:-

  • Fabrik (tudung) semestinya memiliki warna dan jumlah fabrik yang mengelilingi muka bukanlah sedikit. Disebabkan itu kesan warna tudung akan memberi visual effect kepada wajah hijabi.
  • Warna tudung yang tidak sesuai dengan kulit akan membuat  kulit wajah kelihatan kusam, pucat, lesu, nampak sakit dan tidak berseri
  • Bagi mereka yang sudah mahir dalam memilih warna tudung ia akan menjadikan wajah mereka bertambah segar, memudarkan kekusaman pada kulit dan wajah akan menjadi lebih beseri.
  • Kadar minimum bagi sesetengah wanita yang mempunyai kecenderungan untuk tidak memakai sebarang makeup. Apabila mereka tidak menggunakan sebarang makeup untuk menaikkan seri wajah, secara tidak langsung pemilihan warna tudung akan memainkan peranan yang sangat penting.
  • Jika anda tersalah pilih warna tudung, serta merta wajah anda akan tenggelam dengan warna tudung. Bak kata perunding-perunding imej “overwhelming colours”
  • Apabila berlaku “overwhelming colours” kemungkinan warna tersebut akan terlalu menyerlah sehingga mungkin orang lain akan mengingati warna tersebut dan menjadikannya satu bahan usikan.
  • Warna tudung yang serasi dengan tona kulit akan memberikan lagi vibe positif kepada si pemakai.
  • Setiap warna memiliki maksud tersendiri dan ini dipanggil psikologi warna.
  • Apabila anda kerap memakai warna yang sama, kemungkinan itu secara tidak langsung akan mewujudkan satu personaliti terbaru untuk anda. Orang sekeliling juga akan lebih mudah mengenali anda.

Semoga perkongsian ini dapat membantu serba sedikit masalah yang dihadapi oleh para hijabi dalam memahami warna tudung yang tepat. Imej padanan warna penampilan tudung akan menyerlahkan lagi sisi elegen dalam diri seorang wanita berhijab.

Sumber kredit: hijabista

Leave a Reply

Shopping cart

0

No products in the cart.