TIPS MENJAGA AWNING TUDUNG

Penggemar tudung awning pasti menghadapi pasti menghadapi masalah awning rosak atau patah selepas cuci beberapa kali. Lebih-lebih lagi tudung awning eksklusif kalau rosak mesti sedih. Persoalannya macam mana nak pastikan awning tak patah atau rosak dan tahan lama. Di bawah ada beberapa tips untuk jaga awning tudung:

Apabila membasuh

  1. Cuba elakkan dari membasuh tudung menggunakan mesin basuh kerana awning akan rosak atau patah.  Sebaiknya cuci menggunakan tangan
  2. Rendamkan tudung dalam air dengan sedikit sabun dan biarkan sampai 3 minit. Gosok secara perlahan pada bahagian tertentu seperti bahagian yang berlipat atau bawah dagu untuk tanggalkan kesan minyak dan penggunaan produk kecantikkan
  3. Kemudian cuci di bawah air yang mengalir (air paip) sebelum direndam sekali lagi dengan pelembut fabrik selama 2 minit
  4. Jangan perah bahagian awning kerana ia akan cepat rosak. Jangan terlalu kerap perah  atau ramas tudung kerana ia boleh menyebabkan tudung cepat hilang keanjalan dan bentuknya.

Apabila menjemur

Disarankan untuk menggunakan ampaian sahaja kerana penggunaan hanger akan memberi kesan kekal pada bahagian bahu tudung. Namun bagi mereka yang tidak mempunyai ampaian di rumah boleh menggunakan hanger cuma perlu bijak menggantungkannya.

Apabila  menyimpan

Cara penyimpanan tudung itu penting dalam memastikan tudung tidak cepat rosak. Bagi kaedah menggantung boleh gantungkan menggunakan hanger atau hanger tudung cuma pastikan awning berada dalam keadaan yang selamat. Boleh juga melipat tudung dengan cara menggulungkan bahagian bawah awning dan masukkan ke dalam awning. Kemudian susun seperti biasa dalam almari dan pastikan tidak  bertindih dengan pakaian lain.

Apabila menggosok

Boleh digosok tapi sentiasa pastikan seterika dalam keadaan suhu yang sederhana dan tidak terlalu panas terutamanya jika ingin menggosok bahagian awning. Namun terdapat sesetengah jenis awning yang tidak perlu kita kerap gosok setelah dicuci.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.