TIPS MEMILIH WARNA TUDUNG IKUT WARNA KULIT

TIPS MEMILIH WARNA TUDUNG IKUT WARNA KULIT

Setiap wanita impikan satu almari yang dipenuhi dengan tudung yang mempunyai warna tudung yang pelbagai. Seronoknya rasa bila semua warna tudung ada dalam almari. Tentunya lebih mudah untuk suai padan dengan bau-baju yang korang ada.

Tetapi korang perlu tahu bahawa korang perlu memilih warna tudung yang sesuai agar wajah korang tidak nampak kusam. Untuk mengetahui sama ada tudung tersebut sesuai dengan wajah korang atau tidak, korang perlu kenali warna kulit korang terlebih dahulu. Bila korang sudah tahu warna kulit korang, senanglah untuk korang pilih tudung yang sesuai. Jom Kak M bagi beberapa tips untuk korang memilih warna tudung yang sesuai mengikut tona warna kulit korang.


  1. KULIT GELAP/HITAM MANIS

Wanita berkulit gelap bukan tidak cantik tapi jika korang bijak memilih padanan warna yang sesuai bakal menyerlahkan lagi tona kulit korang. Untuk yang berkulit gelap adalah sesuai dengan warna-warna pastel atau keemasan kerana warna ni mencerahkan lagi kulit korang. Semestinya korang yang berkulit gelap adalah lebih cerewet dalam pemilihan warna tudung ini jadi korang harus mengelak warna tudung yang gelap seperti hitam, coklat dan oren gelap kerana warna ini membuat kulit korang nampak lebih gelap.

  1. KULIT SAWO MATANG

Untuk korang yang berkulit sawo matang, pemilihan warna pastel & warna gelap merupakan pilihan yang terbaik kerana akan membuatkan kulit anda cerah dan ayu. Sebagai contoh memilih warna pink belacan, biru gelap, lavendar dan maroon dapat mencerahkan serta menyerlahkan kulit korang.

Warna yang harus korang elakkan adalah warna yang terlampau lembut atau cair dan warna-warna yang seakan warna kulit anda iaitu coklat dan juga warna yang terlalu terang seperti kuning kerana warna tersebut boleh menyebabkan kulit korang kelihatan bertambah gelap.

  1. KULIT KUNING LANGSAT

Untuk korang yang berkulit kuning langsat, korang sesuai menggayakan warna-warna cerah seperti kuning ataupun biru cair. Hal ini kerana warna tersebut menambahkan seri wajah korang dan membuatkan kulit korang segar sekaligus menambah kecantikan korang. Korang harus elak warna oren ataupun warna krim kerana warna tersebut akan membuat korang kelihatan pucat. Bagi korang yang mempunyai kulit kuning langsat sangat sesuai mengenakan tudung berwarna cerah seperti pink, biru dan kuning.

Warna-warna ini akan membuatkan wajah anda lebih segar dan akan menyerlahkan kecantikan wajah anda. Warna-warna yang harus dielakkan ialah coklat, oren, kelabu, hitam dan gold kerana akan membuatkan wajah anda nampak kusam.

  1. KULIT PUTIH

Untuk korang yang berkulit putih biasanya korang sesuai dipadankan dengan kebanyakkan warna. Tak kisah warna gelap ataupun cerah. Warna yang paling sesuai untuk korang adalah warna-warna solid seperti merah, hijau, biru & hitam. Jangan disangka orang yang berkulit putih ni tiada masalah dalam pemilihan warna tudung. 

Ada juga warna yang harus dielakkan iaitu warna yang terlampau lembut seperti baby blue, soft pink, soft green ataupun kuning cair sebab akan menyebabkan kulit korang bertambah pucat. Warna putih juga harus dielakkan kerana akan membuatkan wajah anda kelihatan pucat. Pemilihan warna yang tepat dan sesuai sangat penting bukan sahaja untuk kelihatan cantik tapi untuk mengekalkan mood seharian korang.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.