Place order before 29 April for peninsular & 27 April for Sabah & Sarawak. Guaranteed attempt before Raya Aidilfitri.
Don’t miss out to grab your favourite colors on Plain Series. We ship worldwide.
Terms & Conditions Lucky Draw
1. Syarat Kelayakan
Untuk melayakkan diri menyertai Aidilfitri Lucky Draw, peserta WAJIB memenuhi syarat berikut :- a. Peserta yang membuat sebarang pembelian atas RM150 (exclude Postage) di Maryam Khadijah mahupun Online (Melalui Website dan Team Customer Relation Executive) atau Offline (Walk-In Butik), akan automatik layak sertai Lucky Draw. b. Peserta haruslah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun keatas dan terbuka kepada peserta yang menetap di Malaysia dan Singapura
Semua pekerja di Maryam Khadijah tidak layak untuk sertai peraduan Lucky Draw
Penyertaan sah untuk semua koleksi Maryam Khadijah kecuali Reject/Defect Item & Sales Price
2. Peraturan Lucky Draw
Hanya ada 1 pemenang bagi setiap kategori Lucky Draw. Terdapat 3 Hadiah utama yang terdiri daripada barangan elektronik dan barangan dapur bernilai RM1,500 untuk dimenangi.
Tiada had penyertaan. Peserta boleh sertai sebanyak mana yang dimahukan untuk tingkatkan peluang memenangi hadiah.
Tempoh sertai Aidilifitri Lucky Draw ialah dari 6hb April 2022 (12AM) sehingga 30 April 2022 (11.59PM)
Berikut merupakan kategori yang ditetapkan :- a. Kategori Hadiah No. 3 : Min Purchase RM150 ~ RM299 b. Kategori Hadiah No. 2 : Min Purchase RM300 ~ RM399 c. Kategori Hadiah No. 1 : Min Purchase RM400 keatas
Setiap peserta yang layak sertai peraduan, akan dikepilkan voucher berserta nombor cabutan bertuah di dalam kotak pembelian. Sila simpan voucher tersebut sebagai bukti pembelian.
3. Pemenang Lucky Draw
Pemenang akan diumumkan pada 11 May 2022 sewaktu LIVE di Facebook Page & Instagram Maryam Khadijah jam 3 Petang
Jika pemenang yang diumumkan (sebanyak 3 kali) tidak hadir sewaktu LIVE, cabutan undian baru akan dibuat.
Pemenang yang bertuah akan berhubung dengan team Maryam Khadijah melalui nombor berikut:- a. 010 – 2675 200 ( Customer Services )
Hadiah yang dimenangi tidak boleh ditukar kepada wang ringgit atau barang lain.
Tempoh penghantaran hadiah pemenang mengambil masa di antara 7-14 hari waktu bekerja.
Segala kos penghantaran akan ditanggung sepenuhnya oleh pemenang cabutan bertuah.
Pihak kami tidak bertanggungjawab jika butiran yang diberikan tidak lengkap atau tidak tepat dan tidak akan menanggung kerosakan yang dibuat oleh pihak kurier.
4. Privasi Maklumat Peribadi
Dengan mengambil bahagian dalam cabutan bertuah ini, peserta dengan ini bersetuju untuk mendedahkan nama mereka atau apa-apa maklumat yang kami mungkin, mengikut budi bicara mutlaknya, anggap perlu untuk didedahkan kepada mana-mana pihak atau entiti dalam apa jua cara yang kami anggap sesuai serta pengeluaran gambar mereka untuk tujuan publisiti atau komersial.
Maklumat yang dikumpul melalui cabutan bertuah ini boleh digunakan dalam operasi dan pemasaran produk dan perkhidmatan Maryam Khadijah. Peserta boleh menerima melalui e-mel, berita promosi, kemas kini perkhidmatan dan maklumat lain tentang produk dan perkhidmatan Maryam Khadijah. Peserta boleh memilih, pada bila-bila masa untuk berhenti melanggan e-mel ini.
5. Lain-Lain
Walau apa pun yang terkandung di sini, kami berhak pada bila-bila masa mengikut budi bicara untuk :- a. Meminda, menambah dan/atau terma dan syarat ini tanpa pemberitahuan terlebih dahulu (termasuk kelayakan dan terma dan kriteria yang layak), dan semua Peserta akan terikat dengan pindaan, penambahan dan/atau pemadaman tersebut apabila dilaksanakan, atau b. Mengubah, menarik balik, atau membatalkan mana-mana hadiah atau Cabutan Bertuah tanpa perlu mendedahkan sebabnya dan tanpa sebarang pampasan atau apa-apa bayaran
Keputusan Maryam Khadijah mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Cabutan Bertuah adalah atas budi bicara mutlaknya dan adalah muktamad kepada semua peserta.