Don’t miss out to grab your favourite colors on Plain Series. We ship worldwide.
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur dan di ikuti dengan
membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas.
Insha-Allah akan aman tenteram dan dijauhkan daripada gangguan syaitan dan sihir.
Digalakkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit
mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda, sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu
ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an.
Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala
menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat
At-Tarmizi dari Anas r.a.)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab
Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan
pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala
baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan
dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan
kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata
mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya.
(Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).
Surah Yaasin ini juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari
kehausan di hari KIAMAT.
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru- hara di
Padang Mahsyar kelak
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, seperti
membaca seperempat Al-Qur’an, disamping itu terlepas daripada syirik, dijauhkan
daripada godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan
(Riwayat At-Tarmizi).
Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta
membersihkan kotoran dalam diri kita..
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka
Allah s.w.t. akan mengabulkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan
pangkat.
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang membacanya sebagai wirid, insha-Allah
akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak
14 kali setiap lepas solat Asar, insha-Allah akan dikurniakan dengan
rezeki yang banyak.
Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah
sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7
kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga
kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah
Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan
isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka
sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai
jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadhilat
dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan dan membacanya.
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan
membaca surah ini, akan mendapat syafa’at dan keampunan
dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insha-Allah,
akan terselamat dari azab kubur.
TIPS PENJAGAAN TELEKUNG Hari ni Kak M terdetik nak berkongsi pendapat tentang “Tips Penjagaan Telekung”. Sekadar berkongsi sahaja yer. Kalau ada di antara anda yang mahu memberikan komen atau pandangan dipersilakan kerana ilmu itu wajar dikongsi bersama kan?? Okey, seperti yang kita sedia tahu, telekung ni kita akan pakai 5 kali sehari bukan?? Untuk menunaikan…
7 TIPS YANG MUDAH UNTUK BERSEDEKAH Sedekah sebenarnya mempunyai maksud yang cukup luas dalm Islam. Secara mudahnya, ia didefinisikan sebagai pemberian oleh seseorang kepada orang lain yang memerlukan dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. sama ada pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, sanak-saudara, mahupun untuk kepentingan fi sabilillah. Agama kita menggalakkan umatnya supaya…
7 CIRI WANITA SOLEHAH MEMBAWA KE SYURGA Wanita solehah memiliki kelebihan dan kemuliaan dibanding wanita biasa. Wanita solehah adalah wanita yang taat pada agama dan dapat menjaga diri serta kehormatannya di dunia ini. Ia selalu berusaha menyempurnakan agamanya dengan melakukan banyak amalan dan kebaikan. Setiap wanita muslimah selalu ingin menjadi wanita solehah dan fakta lelaki…
TIPS PENJAGAAN INNER TUDUNG Korang mesti ada masalah dalam menjaga inner tudung korang kan? Mesti sayangkan kalau tudung kita “rosak” macam tertarik benang, warna luntur atau bercapuk dengan warna lain apabila kita basuh. Jadi Kak M nak share tips penjagaan cara membasuh inner tudung. Antara tips penjagaan inner dari segi cara membasuh inner tudung adalah:…
PADANAN WARNA BAJU DAN TUDUNG UNTUK WANITA BERTUDUNG Padanan warna yang betul akan membantu menyerlahkan stail dan penampilan seseorang wanita supaya dirinya cantik menawan, bergaya dan tampak berkeyakinan. Tak kisahlah sama ada nak padankan baju dengan seluar, baju, tudung atau aksesori sekali pun, tetap ada panduannya. Ada orang beli atau tempah baju dulu, kemudian baru…
Sudah menjadi kewajipan umat islam untuk membayar zakat Fitrah menjelang akhir Ramadhan. Ianya merupakan kewajipan individu. Hal ini sebagaimana Rasulullah SAW bersabda dalam salah satu hadits berikut, yang ertinya: “Rasulullah telah mewajibkan mengeluarkan Zakat Fitrah (pada bulan Ramadhan kepada setiap manusia).” (HR. Bukhari – Muslim). Menyempurnakan Iman Berzakat kepada mereka yang memerlukan merupakan salah satu…
Copyright © 2022, Maryam Khadijah, All Rights Reserved.
WhatsApp us