Don’t miss out to grab your favourite colors on Plain Series. We ship worldwide.
Solat terawih, yang dikerjakan selepas solat isya’ di bulan Ramadhan tidak hanya dua rakaat. Ada yang mengerjakan 8 rakaat, tetapi ada pula yang sampai 20 rakaat. Tentunya solat yang hukumnya sunah ini akan menjadi lebih sempurna jika dilakukan lengkap dengan rukun dan sunnahnya.
Salah satu sunnah dalam solat adalah membaca surah pendek dari Al-Qur’an kerana solat terawih ada banyak rakaat, maka alangkah baiknya kita mempersiapkan sejumlah surah pendek yang boleh dibaca setiap rakaatnya. Di bawah Kak M senaraikan bebrapa surah yang pendek dan mudah dihafal
Surah ini terdiri daripada 8 ayat dan merupakan surah yang ke-102. At-takasur bermaksud bermegah-megahan dan dinamakan At-takasur kerana diambil dari perkataan ‘At-takasur’ yang terdapat dalam ayat pertama surah itu. Surah ini pendek dan mudah dihafal
Surah Al-asr mempunyai hanya 3 ayat dan surah yang ke-103. Nama diambil sempena dengan perkataan ‘Al-asr’ dalam ayat pertama surah ini. Melalui surah ini, Allah s.w.t telah bersumpah dengan masa bahawa sesungguhnya manusia mengalami kerugiaan yang besar bila mana mereka tidak memanfaatkan masa dengan baik. Sebaliknya orang yang tidak rugi ialah orang yang beriman dan beramal soleh dengan memanfaatkan masa mereka. Surah ini sangat pendek dan mudah sangat dihafal kerana Cuma ada 3 ayat sahaja
Surah ini mempunyai 9 ayat dan surah yang ke- 104. Al-humazah yang bermaksud pengumpat dan diambil dari ayat pertama surah ini. Surah ini adalah ancaman Allah terhadap orang-orang yang suka mencela dan mengumpat orang lain serta mengumpulkan harta namun tidak menafkahkannya di jalan Allah. Surah ini tidak terlalu panjang atau terlalu pendek tapi masih mudah untuk dihafal.
Surah ini mempunyai 5 ayat dan surah yang ke-105. Surah ini menceritakan tentang serangan tentera bergajah yang diketuai oleh Abrahah. Peristiwa serangan ini berlaku sewaktu Nabi Muhammad s.a.w lahir. Allah s.w.t. telah menghantar pertolongan melalui burung Ababil yang telah menghancurkan dan mematikan mereka semua. Setiap ayat dalam surah ini agak pendek dan mungkin tidak perlu diulang baca terlalu banyak kali untuk menghafal.
Surah ini terdiri daripada 4 ayat dan merupakan surah yang ke-106. Perkataan ‘Quraisy’ itu merujuk kepada kaum Quraisy iaitu kaum yang mendapat kepercayaan menjaga Ka’abah. Isi kandungan surah ini menerangkan kehidupan orang Quraisy serta kewajipan yang harus mereka penuhi. Dengan ayat yang pendek dalam surah ini maka agak mudah untuk kita menghafal surah ini.
Cara Susun Tudung Dengan Kemas & Teratur Setiap kali musim perayaan mesti koleksi tudung akan bertambah dengan sendirinya. Pasti korang pun sama dengan Kak M kan. Yelah nak ikut tema warna baju raya kan. Kang tak sedondon pulak. Sekali sekala layan color block tu boleh… tapi kalau selalu sangat peliklah pulak. Kali ini Kak M…
Persiapan Untuk Memasuki Bulan Ramadhan Alhamdulillah, bulan Ramadhan bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Satu bulan yang memang dinanti-nantikan oleh setiap umat Islam di seluruh dunia. Bagaimanakah persediaan kita bagi mengharungi Bulan Ramadhan pada tahun ini? Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Oleh itu kedatangannya memang ditunggu-tunggu kerana bulan ini menjanjikan…
Al-Qur’an adalah firman Allah SWT yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai petunjuk bagi umat manusia. Ada banyak riwayat yang sahih menyebutkan bahawa membacanya adalah pahala. Malah dengan mengamalkan membaca beberapa surah mampu melindungi dan membantu kita untuk pelbagai perkara. Antara surah yang boleh diamalkan secara harian 1) SURAH AL-FATIHAH Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak…
Sebagai umat islam yang menganut dan mengamalkan ajaran Islam kita berpegang kepada dua sumber utama dalam agama iaitu Al Quran dan As Sunnah. Seperti yang kita tahu Al Quran adalah kitab suci yang menjadi panduan kepada umat Islam. Namun apa itu Sunnah? Sunnah menurut bahasa bermaksud jalan manakala menurut istilah ulama hadis, sunnah adalah segala…
15 Amalan Yang Wanita Boleh Lakukan Ketika Haid & Nifas Sebenarnya meskipun kita wanita berada dalam keadaan haid dan nifas, wanita tetap boleh melakukan beberapa amalan bagi mendekatkan diri padaNya sekaligus memperolehi ganjaran pahala sepanjang tempoh tersebut. Seperti yang kita tahu, didalam tempoh tidak suci ini wanita dilarang sama sekali untuk mengerjakan beberapa ibadat seperti…
Amalan Rasulullah sebelum tidur menjadi ibadah sunah bagi umat Islam. Beberapa amalan yang beliau terapkan setiap hari memberi nilai positif bagi kesihatan tubuh dan mental, termasuk meningkatkan iman pada Allah SWT. Bagi seorang muslim, alangkah baiknya menyerahkan diri dengan pasrah yang tulus pada Allah SWT menjelang tidur. Dibawah Kak M kongsikan beberapa amalan Rasulullah sebelum…
Copyright © 2022, Maryam Khadijah, All Rights Reserved.
WhatsApp us