Don’t miss out to grab your favourite colors on Plain Series. We ship worldwide.
Sebagai umat islam yang menganut dan mengamalkan ajaran Islam kita berpegang kepada dua sumber utama dalam agama iaitu Al Quran dan As Sunnah. Seperti yang kita tahu Al Quran adalah kitab suci yang menjadi panduan kepada umat Islam. Namun apa itu Sunnah?
Sunnah menurut bahasa bermaksud jalan manakala menurut istilah ulama hadis, sunnah adalah segala hal yang disandarkan kepada nabi berupa perkataan, perbuatan, taqrir (ketetapan) mahupun sifat (perangai atau fizikal). Ada beberapa Sunnah nabi yang mudah dipraktikkan dalam kehidupan harian kita.
Abdullah bin Al-Harist Radliyallahu’anhu menuturkan yang bermaksud “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah s.a.w.” (Riwayat At-Tirmidzi)
Nabi s.a.w.akan mengusap wajah dengan tangannya ketika bangun daripada tidur lalu membaca doa. Kemudian beliau membaca doa bangun tidur
Hadis riwayat Anas bin Malik R.A. berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda “Barang siapa yang merasa senang bila dimudahkan rezekinya dan dipanjangkan usianya maka hendaklah dia menyambung hubungan kekeluargaan (silaturrahim)” (Sahih Muslim)
Dari Anas bin Malik, Sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda “Apabilaseseorang keluar dari rumahnya kemudian dia membaca doa ‘Bismillahi tawakkaltu ‘alaallah la haula wa la quwwata illa billah’ (Dengan nama Allah aku bertawakal kepada Allah tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan izin Allah) Maka pada saat itu dikatakan kepadanya : kamu telah mendapat petunjuk telah diberi kecukupan dan mendapat penjagaan (perlindungan) hingga syaitan menjauhi darinya. Lalu syaitan yang lainnya berkata kepada temannya: Bagaiman (engkau akan mengida) seorang lelaki yang telah mendapat petunju, kecukupandanpenjagaan (perlindungan)” (Riwayat Abu Daud)
Daripada Aisyah katanya “Rasulullah s.a.w. lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal (perbuatan) seperti memakai terompah,bersikat,berwuduk dan mandi” (Hadis Riwayat Muslim)
“Demi Allah, aku selalu beristighfar dan bertaubat kepada-Nya lebih dari 70 kali dalam sehari” (Hadis Riwayat Muslim)
“Apakah amalan yang paling baik di dalam Islam lalu Baginda menjawab “Hendaklah engkau memberi makan dan memberi salam kepada orang yang engkau sudah kenal dan juga kepada orang yang belum engkau kenal” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
TIPS PENJAGAAN INNER TUDUNG Korang mesti ada masalah dalam menjaga inner tudung korang kan? Mesti sayangkan kalau tudung kita “rosak” macam tertarik benang, warna luntur atau bercapuk dengan warna lain apabila kita basuh. Jadi Kak M nak share tips penjagaan cara membasuh inner tudung. Antara tips penjagaan inner dari segi cara membasuh inner tudung adalah:…
Al-Qur’an adalah firman Allah SWT yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai petunjuk bagi umat manusia. Ada banyak riwayat yang sahih menyebutkan bahawa membacanya adalah pahala. Malah dengan mengamalkan membaca beberapa surah mampu melindungi dan membantu kita untuk pelbagai perkara. Antara surah yang boleh diamalkan secara harian 1) SURAH AL-FATIHAH Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak…
6 TIPS MUDAH PENJAGAAN TUDUNG Perempuan berhijab sudah semestinya memiliki keinginan untuk mengumpul banyak koleksi tudung tak kira jenis tudung bawal, tudung shawl, tudung instant dan banyak lagi. Kadang – kadang sampai ada yang tak cukup ruang nak simpan stok tudung. Tak mustahil ada banyak macam tu. Maklumlah pantang tengok keluaran terbaru terus gatal tangan…
12 ADAB PENTING YANG PERLU DIKETAHUI KETIKA BERZIARAH Syukur ke hadrat Ilahi, kita masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara di bulan Syawal yang mulia ini. Sebulan kita berpuasa, menahan lapar dan dahaga. Juga, sedaya upaya menghalang diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan ibadah puasa. Dalam kegembiraan kita menyambut Aidilfitri di bulan Syawal ini, mari…
Sebagai orang yang beragama Islam sudah menjadi kebiasaan kita bangun awal untuk menunaikan solat Subuh. Malah lebih bagus sekiranya kita dapat lakukannya secara berjemaah di masjid. Dari sudut kesihatan juga menunjukkan banyak manfaat bangun awal antaranya lebih sihat kerana ramai yang gemar bersenam pada waktu pagi. Namun tak semua gemar bangun pagi di sini kami…
7 CIRI WANITA SOLEHAH MEMBAWA KE SYURGA Wanita solehah memiliki kelebihan dan kemuliaan dibanding wanita biasa. Wanita solehah adalah wanita yang taat pada agama dan dapat menjaga diri serta kehormatannya di dunia ini. Ia selalu berusaha menyempurnakan agamanya dengan melakukan banyak amalan dan kebaikan. Setiap wanita muslimah selalu ingin menjadi wanita solehah dan fakta lelaki…
Copyright © 2022, Maryam Khadijah, All Rights Reserved.
WhatsApp us