Sunat-sunat dalam solat

Solat yang merupakan tiang agama tidak hanya berdiri di atas tiang-tiang rukun yang utama sahaja. Ia diperkemaskan dengan sunat-sunat dalam solat selain berfungsi sebagai pelengkap kepada sebarang kekurangan yang mungkin tidak disedari kita ketika melakukan solat. Namun sebahagian orang keliru antara rukun solat dan sunat solat.

Dalam solat terdapat dua jenis sunat:

  1. Sunat hai’ah
  2. Sunat ab’adh

Sunat Hai’ah

Sunat hai’ah kalau ditinggalkan tidak menjadi apa-apa. Tidak perlu diulang, dan tidak perlu dilakukan sujud sahwi. Antara sunat hai’ah:

  1. Mengangkat tangan (Takbir)

2. Meletakkan tapak tangan kanan di atas tangan kiri, dan memegangnya serta meletakkannya di bawah dada atau di atas pusat.

3. Membaca doa iftitah

4. Membaca Taawuz

5. Menguatkan atau memperlahankan bacaan Al-fatihah

6. Membaca amin selepas Al-fatihah

7. Membaca surah daripada Al-quran

8. Membaca takbir ketika rukuk

9. Membaca tasbih ketika rukuk

10. Membaca tasbih ketika sujud

11. Meletakkan Kedua-dua Tangan Di Atas Paha Dengan Melepaskan Kesemua Jari

Maksudnya, digenggam semasa duduk antara dua sujud. Tetapi semasa duduk tahiyat awal dan tahiyat akhir disunatkan supaya tangan kanan digenggamkan dan dilepaskan telunjuk dan mengangkat jari telunjuk semasa mengucap perkataan “IllaAllah”

12. Duduk iftirasy

13. Duduk tawaruk

14. Memberi salam kedua

Sunat ab’adh

Sunat ab’adh memainkan peranan yang penting untuk menghasilkan solat yang sempurna. Walaupun meninggalkan sunat-sunat ini tidak membatalkan solat, tetapi galakan (sunat) untuk sujud sahwi jika meninggalkannya secara tidak sengaja atau sengaja, adalah gambaran kepentingan dan nilai sunat ab’adh dalam solat. la berfungsi sebagai pelengkap kepada sebarang kekurangan yang mungkin tidak disedari di dalam solat. Rasulullah SAW sendiri melakukan sunat-sunat ini dan melakukan sujud sahwi jika tertinggal

Sunat ab’adh mengandungi tujuh perkara iaitu:

  1. Tahiyat awal (pertama)
  2. Selawat ke atas Nabi SAW dalam tahiyat awal
  3. Duduk tahiyat / tasyahud awal
  4. Doa qunut pada rakaat kedua solat subuh dan pada solat witir yang terakhir sejak malam 15 hingga akhir bulan Ramadhan.

5.Selawat ke atas Nabi SAW dalam qunut

6. Selawat ke atas ahli keluarga Nabi SAW dalam qunut

7. Berdiri semasa berqunut

8. Selawat ke atas keluarga Nabi dalam tahiyat akhir.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.