KESIHATAN MENTAL DIKALANGAN REMAJA
KESIHATAN MENTAL DIKALANGAN REMAJA

Kesihatan mencakupi pelbagai sudut dan setiap orang disarankan untuk mencapai kesihatan holistik. Kesihatan holistik bukan sahaja dinilai secara fizikal tetapi merangkumi kesihatan mental.Mengikut takrifan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO): “Kesihatan adalah satu keadaan merangkumi kesihatan secara fizikal, mental dan sosial dan tidak hanya ketiadaan penyakit”.Bagi kesihatan mental pula, tiada definisi tetap bagi menerangkan kondisi ini namun memetik Dasar Kesihatan Mental Kebangsaan Malaysia, “Kemampuan seseorang individu, kumpulan dan persekitaran untuk berinteraksi dengan individu lain, dengan mengunakan cara pemikiran, perasaan dan keupayaan berkomunikasi bagi mencapai kesejahteraan hidup yang saksama.

Tambahan pula, tiada kriteria tetap dalam mengukur kesihatan mental yang baik ataupun tidak kerana pelbagai faktor dan ciri perlu untuk dipertimbangkan. Misalnya faktor sosial, fizikal, persekitaran dan biological”Remaja merupakan tempoh masa kemuncak sebelum melangkah ke alam dewasa. Remaja boleh diklasifikasikan dalam kalangan mereka yang berumur 13 hingga 25 tahun. Dalam tempoh ini mereka akan bermain dan bergolak dengan emosi dan mula akan memberontak terhadap isu-isu tertentu.

Hal ini boleh membawa kepada tekanan perasaan sekaligus menyebabkan masalah kesihatan mental mereka juga terjejas .Mengikut statistik Tinjaun Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada tahun 2017, remaja berusia 13 tahun sehingga 17 tahun mengalami masalah kesihatan mental. Satu dalam setiap lima orang mengalami kemurungan iaitu sebanyak 18.3%, dua dalam setiap lima orang dilanda symptom keresahan iaitu sebanyak 39.7% manakala satu dalam setiap 10 orang mengalami gejala stress iaitu sebanyak 9.6%.

Antara punca masalah kesihatan mental para remaja ialah:

1. High Expectation

Tindakan mahu memenuhi jangkaan ibubapa dalam pelajaran menyebabkan para remaja semakin tertekan.  Ramai dalam kalangan ibubapa tidak menyedari bahawa tindakan mereka boleh menyebabkan tekanan untuk anak-anak. Ibu bapa seringkali menggunakan alasan jaminan masa depan yang cerah untuk menekan anak-anak soal pembelajaran tanpa mengambil berat akan keperluan emosi mereka. Membandingkan keputusan peperiksaan anak dengan anak-anak yang lain turut sama menyumbang kepada tekanan perasaan. Sentiasa yakin dengan kebolehan anak agar mereka lebih berasa dihargai.

2. Perkembangan Media Sosial

Media social seperti facebook, instgram dan twitter telah menjadi suatu medium yang wajib untuk remaja melayari setiap hari. Seawal usia 10 tahun, mereka sudah mempunyai akaun media sosial sendiri. Mereka mula membandingkan kehidupan mereka dengan kehidupan individu yang popular di media sosial. Lantas, mereka ingin memiliki perkara yang sama, halangan dari ibubapa atau ketidakmampuan akan menyebabkan mereka memberontak dan menghadapi tekanan. Ada pula antara mereka yang tertekan kerana cyber bully yakni apa bila mereka melakukan atau berbicara hal yang tidak sepatutnya, orang ramai mula mengecam atau berbicara tentang mereka dan hal ini akan memberi tekanan kepada mereka.

3. Kurang Perhatian

Dewasa ini, ramai di kalangan ibubapa yang terlalu sibuk sehingga mengabaikan anak dan keluarga. Masa yang diluangkan bersama anak-anak juga semakin berkurangan. Anak-anak atau remaja ini mula kekurangan kasih sayang dan perhatian dari ibu bapa. Mereka sering terasa terabai dan memberontak demi menagih perhatian ibubapa. Perasaan terabai, kurang kasih sayang dan perhatian akan membawa kepada masalah kesihatan mental mereka.

MaryamKhadijah
Loyalty Programme
Become a member
With more ways to unlock exciting perks, this is your all access pass to exclusive rewards and benefits.
Already have an account? Sign in
Points
Earn more Points for different actions, and turn those Points into awesome rewards!
Ways to earn
Sorry, this item is out of stock.
This item has been saved to your wishlist.



View My Wishlist Continue Shopping