AMALAN-AMALAN SUNAT PADA HARI ARAFAH
AMALAN-AMALAN SUNAT PADA HARI ARAFAH

Hari Arafah merupakan hari kedua dalam ibadah haji bagi mereka yang melakukan haji. Ia dipanggil sedemikian kerana pada hari ini para Jemaah haji akan ke gunung Arafah dan berwukuf di padang Arafah. Ia dilakukan pada 9 Zulhijjah dalam kalender hijrah. Wukuf yang membawa maksud berada di Arafah walau sesaat sekalipun dalam sebarang keadaan.

Umat Islam yang melaksanakan haji berwukuf di padang Arafah bagi memperingati peristiwa di mana Nabi Adam AS dan Hawa telah diturunkan dari syurga ke bumi kerana terpedaya dengan tipu daya iblis sekaligus mengingkari perintah Allah.Dari berdua di syurga telah dipisahkan di bumi sehinggalah 40 tahun baru mereka bertemu kembali di Padang Arafah atau nama lainnya Jabal Ar Rahmah.

Di sinilah mereka memohon keampunan daripada Allah SWT kerana telah mengingkari perintahNya. Penyesalan dan taubat mereka diterima Allah SWT di sini dan itulah simbolik wukuf di Padang Arafah. Umat Islam yang berwukuf di sini adalah tempat untuk menyesali dosa yang pernah dilakukan dan juga tempat untuk memohon kemaafan daripada Allah.

Namun ada beberapa amalan sunat yang boleh dilakukan semasa hari Arafah:

1. Berpuasa sunat Arafah bagi orang yang tidak mengerjakan haji.Ini kerana orang yang berpuasa pada hari Arafah akan diampunkan dosanya selama dua tahun.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Berpuasa pada hari Arafah, aku berharap Allah akan mengampunkan dosa pada tahun sebelumnya dan tahun selepasnya.” (Riwayat Muslim)

2. Menjaga solat secara berjemaah

3. Memperbanyakkan solat sunat dan qiamulail kerana ini merupakan ibadah sunat yang paling afdhal bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud. “Hendaklah kami memperbanyakkan sujud kerana sesungguhnya tiap-tiap kali engkau bersujud kepada Allah, Allah akan mengangkatkanmu dengan sujud itu satu darjat dan menghapuskan daripadamu satu kesalahan.” (Riwayat Muslim)

3. Memperbanyakkan doa dan berzikir

Ini kerana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Oleh itu, perbanyakkanlah doa pada hari itu untuk mendapat keampunan dan kemerdekaan daripada api neraka, serta memperbanyakkan berzikir dengan zikir yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para nabi sebelum baginda.”

MaryamKhadijah
Loyalty Programme
Become a member
With more ways to unlock exciting perks, this is your all access pass to exclusive rewards and benefits.
Already have an account? Sign in
Points
Earn more Points for different actions, and turn those Points into awesome rewards!
Ways to earn
Sorry, this item is out of stock.
This item has been saved to your wishlist.



View My Wishlist Continue Shopping