SENARAI JUADAH TRADISI POPULAR HARI RAYA DI SETIAP NEGERI

SENARAI JUADAH TRADISI POPULAR HARI RAYA DI SETIAP NEGERI

Sambutan Hari Raya Aidilfitri biasanya penuh menggamit memori masa lalu. Tahun ini nampaknya sambutan hari raya kembali meriah kerana kita sudah berada di fasa endemik dan boleh pulang ke kampung halaman. Untuk mengembalikan semula kenangan memori beraya di kampung dahulu, senarai hidangan ini mungkin membantu mengembalikan kenangan raya korang ataupun ia boleh dijadikan idea hidangan raya korang tahun ini.

 

Puding Raja (Pahang)

Hidangan pencuci mulut klasik ini lebih sinonim dengan masyarkat Pahang. Juadah ketika raya di Pahang ini asalnya merupakan juadah yang disediakan sebagai pencuci mulut untuk majlis yang melibatkan pihak istana.

Antara bahan-bahan yang digunakan di dalam hidangan pencuci mulut ini ialah pisang lemak manis, jala emas, buah prun, buah ceri dan kacang gajus. Pencuci mulut ini juga antara hidangan wajib ketika menyambut Aidilfitri bagi rakyat Pahang.

Rendang Tok (Perak)

Walaupun rata-rata rakyat Malaysia akan menikmati rendang semasa hari raya. Bagi negeri Perak pula, Rendang Tok adalah juadah wajib yang sedikit berbeza dari rendang biasa korang nikmati. Resepi asal rendang tok juga sebenarnya menggunakan daging kerbau.

Tetapi memandangkan sekarang ini agak sukar untuk mendapatkannya, ramai yang menggantinya dengan daging lembu. Proses membuatnya juga tidak mudah kerana perlu dimasak lebih lama dan mempunyai warna yang lebih gelap.

Kelupis (Sabah & Sarawak)

Mungkin ketupat adalah menu wajib di Semenanjung Malaysia tetapi berbeza pula di Sabah dan Sarawak. Hidangan tradisional iaitu kelupis adalah menu yang wajib ada.

Kelupis ini seakan-akan ketupat pulut namun mempunyai tekstur yang lebih lembut dan rasa yang manis. Sama seperti ketupat, ianya juga dimakan bersama rendang ataupun kari.

Nasi dagang (Terengganu & Kelantan)

Bagi negeri di Pantai Timur pula, tak sah lah kalau tiada hidangan nasi semasa hari raya nanti. Nasi dagang antara menu wajib yang korang akan jumpa ketika beraya di Terengganu dan Kelantan.

Nasi dagang biasanya dimakan bersama-sama kuah kari pekat di mana kedua-dua negeri ini mempunyai lauk yang berbeza. Nasi dagang Terengganu hanya dimakan dengan kari ikan tongkol manakala nasi dagang Kelantan ada yang makan dengan kari ayam.

Dodol (Melaka)

Apalah maknanya hari raya di Melaka kalau tiada dodol! Dodol ini antara manisan wajib yang korang akan jumpa ketika beraya di Melaka. Membuat dodol juga bukan perkara yang mudah yang mana ada kalanya memasak dodol boleh mengambil masa sehingga tujuh jam.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.