QURBAN: SYARAT SAH PERLAKSANAANNYA

QURBAN: SYARAT SAH PERLAKSANAANNYA

Pada bulan Zulhijjah, suruhan untuk melakukan ibadat qurban telah diperintahkan oleh Allah S.W.T. melalui firman-Nya dalam ayat kedua surah Al-Kauthar yang bermaksud:

“Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)”.

Antara binatang al-An’am yang sah dijadikan qurban termasuklah lembu, kerbau, kambing, biri-biri, unta, dan kibas. Yang berikut adalah syarat-syarat sah perlaksanaannya:

Menqurbankan binatang ternakan seperti lembu, kambing, biri-biri, kerbau, kibas, dan unta.

  • Tidak terdapat sebarang kecacatan yang dapat mengurangkan dagingnya.
  • Menqurbankan binatang yang sudah cukup umur.
  • Niat berqurban kerana Allah S.W.T.
  • Melakukan sembelihan pada waktunya.
  • Disembelih oleh orang Islam atau ahli kitab.
  • Mengikut syarat-syarat sembelihan.

Antara golongan yang dituntut melakukan korban termasuklah orang Islam, merdeka, baligh dan berakal, berkemampuan, dan bermukim. Hukum melakukan korban adalah sunat muakkad bagi orang Islam yang mampu dan wajib bagi yang bernazar.

Disarankan menyembelih binatang al-An’am selepas naik matahari pada hari raya Aidiladha apabila dikirakan telah cukup masanya untuk solat dua rakaat dan khutbah sehingga terbenamnya matahari pada 13 Zulhijjah. Masa afdal ialah sebelum gelincirnya matahari.

 

Semasa menyembelih, perkara disunatkan adalah:

  • Membaca Bismillahirrohmanirrahim
  • Berselawat ke atas Nabi S.A.W
  • Menghadapkan binatang ke arah kiblat di atas rusuk kirinya
  • Bertakbir sebelum membaca Bismillah dan selepasnya.
  • Membaca doa: Maksudnya: “Ini adalah nikmat daripada-Mu dan aku mendekatkan diri kepadaMu dengannya.”
  • Sebaiknya ibadah ini perlu dilakukan sendiri tetapi harus jika diwakilkan kepada orang lain.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.