PERWATAKAN WANITA SOLEHAH

PERWATAKAN WANITA SOLEHAH

“Perwatakan wanita solehah”

 

 

Wanita adalah makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT. Dalam ajaran Islam wanita mempunyai kedudukan yang sangat baik. Islam sangat mengawasi maruah dan martabat seorang wanita. Wanita yang dimuliakan dalam Islam adalah wanita yang solehah tetapi siapakah yang dikatakan wanita solehah?

 

“Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada kerana Allah telah memelihara mereka.”

– Surah An-Nisa: 34-

Perwatakan pertama ialah lemah lembut dimana wanita solehah akan memperlihatkan aura kelembutan dalam dirinya. Lemah lembut adalah akhlak Nabi Muhammad SAW ketika menghadapi kerenah manusia yang kufur, syirik, munafik, benci dan pelbagai lagi tindak balas terhadap baginda. Baginda akan menghadapinya dengan lemah- lembut iaitu sentiasa bersabar atas setiap karenah dan kejahatan orang yang tidak suka kepada baginda. Kebiasaannya sifat kelembutan ini akan terlihat melalui percakapan, tingkah laku atau adab dan mempunyai kasih sayang yang tinggi.

 

Perwatakan seterusnya ialah abidat dimana ia bermaksud wanita-wanita yang banyak melakukan ibadah kepada Allah SWT dengan mentauhidkan dirinya. Dengan erti kata lain ia bermaksud seseorang wanita itu mempunyai sifat rendah diri rendah diri yang tinggi dimana istilah bagi rendah diri ini menurut dalam Islam ialah bersikap rendah hati kepada sesama manusia, makhluk ciptaan Allah dan maha Pencipta. Rendah hati akan mendatangkan banyak manfaat baik di dunia mahupun di akhirat. Orang yang rendah hati bererti sudah terbebas dari keinginan untuk membanggakan diri. Segala sesuatu yang ada pada diri setiap orang datangnya dari Allah SWT. Baik itu kecerdasan, pangkat atau jabatan, rezeki yang melimpah ruah dan sebagainya. Maka tidak sepatutnya jika manusia berjalan di atas kesombongan atas apa yang ditetapkan oleh Allah SWT.

 

Wanita solehah juga biasanya akan menjaga dan memelihara agamanya. Agama merupakan sesuatu perkara yang perlu dititikberat oleh setiap manusia. Hal ini demikian kerana mempunyai ilmu agama akan membawa seseorang ke jalan yang benar. Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu yang kuasa ghaib dan bersakti seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut. Agama dan kepercayaan merupakan dua pekara yang sangat berkaitan. Tetapi agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan. Kepercayaan yang hanya melibatkan seorang individu lazimnya tidak dianggap sebagai sebuah agama. Sebaliknya, agama haruslah melibatkan sebuah komuniti manusia. Sebagai contohnya merujuk kepada wanita yang beragama sentiasa menjaga ibadahnya seperti solat, berpuasa, berzikir, bersedekah, meninggalkan segala larangan Allah SWT dan sebagainya.

 

 

فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ

 

Maksudnya: “Pilihlah perempuan yang beragama nescaya beruntunglah kamu.”

Riwayat al-Bukhari (4802) dan Muslim (1466)

 

 

Taibat juga merupakan salah satu perwatakan yang perlu dimilik oleh setiap umat Islam bukan sahaja wanita solehah. Hal ini kerana taibat bermaksud wanita-wanita yang sentiasa bertaubat dari dosa-dosanya yang lampau dan kembali kepada perintah Rasulullah SAW walaupun harus meninggalkan segala kesenangan nafsu mereka.  Ada beberapa jenis taubat yang perlu diketahui iaitu taubat secara lisan iaitu langkah ‘formal’ yang dilakukan seseorang dengan mengucapkan kalimat Istighfar (Astgahfirullahal’adzim) di mana ia adalah sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

 

Kedua ialah taubat di dalam hati iaitu orang yang melaksanakan taubat jenis ini telah memiliki komitmen untuk tidak mengulangi tindakan maksiat yang telah dilakukannya. Ia memiliki penyesalan mendalam dan tulus, serta bertekad untuk tidak mengulangi dosanya. Ketiga ialah taubat yang diiringi dengan perbuatan baik, tidak hanya di lisan atau di hati, orang yang melakukan jenis taubat ini mengiringinya dengan berbagai amal soleh. Amal soleh yang dilakukan seseorang akan mampu menghapus dosa. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW,

 

“Susulkan dosa dengan kebajikan, nescaya kebajikan itu akan menghapusnya” (HR.Tirmidzi).

 

Yang terakhir ialah wanita solehah sentiasa bersederhana dalam semua perkara di mana inti pati kesederhanaan dalam ajaran Islam ini diungkapkan begitu indah oleh sahabat bernama Rubie bin Amir ketika ditanya oleh panglima Perang Parsi. Rubie menjawab: “Allah yang mengutuskan kami untuk kami keluarkan sesiapa yang dikehendaki Allah daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan hanya kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan hidup dunia kepada keluasan hidup dunia dan akhirat.” Pertengahan atau kesederhanaan Islam ini meliputi hubungan antara agama dan dunia, antara dunia dan akhirat, antara pemimpin dan rakyat, antara manusia dan alam, antara kebenaran dan kekuatan serta antara nas agama dan pemikiran manusia. Ciri-ciri wanita solehah sentiasa bersederhana dalam solekan, penampilan, perbelanjaan, percakapan dan sebagainya.

 

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.