PERSIAPAN UNTUK MEMASUKI BULAN RAMADHAN

Persiapan Untuk Memasuki Bulan Ramadhan

Alhamdulillah, bulan Ramadhan bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Satu bulan yang memang dinanti-nantikan oleh setiap umat Islam di seluruh dunia. Bagaimanakah persediaan kita bagi mengharungi Bulan Ramadhan pada tahun ini?

Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Oleh itu kedatangannya memang ditunggu-tunggu kerana bulan ini menjanjikan peluang yang besar untuk seluruh umat Islam meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Jadi, harini Kak M nak kongsi dengan korang beberapa persiapan yang perlu korang sediakan menjelang Ramadan.

  1. Lakukan puasa sunat terlebih dahulu

Salah satu cara untuk mempersiapkan diri menghadapi bulan Ramadan ialah berpuasa terlebih dahulu pada bulan sebelum Ramadan.

Cara ini boleh dilakukan setiap hari Isnin dan Khamis iaitu puasa sunat.

Membiasakan diri berpuasa Isnin-Khamis juga bermanfaat untuk membiasakan badan berpuasa selama sebulan penuh sepanjang Ramadan.

  1. Amalkan makanan sihat dan kurangkan makanan segera

Cara lain untuk menyediakan tubuh badan menghadapi bulan Ramadan ialah dengan mengurangkan tabiat tidak sihat seperti makan makanan segera.

Ini boleh menjadikan badan lebih cergas dan bersedia untuk berpuasa sepanjang Ramadan.

Selain itu, pengambilan makanan berkhasiat dengan kerap dapat memudahkan tubuh kita menyesuaikan diri dengan situasi makan dua kali sehari, lebih tepatnya ia hanya dilakukan pada waktu sahur dan berbuka puasa.

  1. Rujuk doktor

Jika korang mempunyai penyakit tertentu, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan panduan atau arahan ibadah yang betul sepanjang Ramadan.

Khusus untuk berpuasa, dalam Islam sesetengah orang yang mempunyai keadaan seperti orang tua, wanita hamil, menyusu, mengidap kencing manis dan dalam perjalanan jauh mungkin tidak diwajibkan berpuasa.

  1. Amalkan gaya hidup sihat

Membiasakan diri dengan gaya hidup sihat boleh membuatkan badan cepat menyesuaikan diri apabila menjalani sebulan penuh berpuasa.

Salah satunya ialah mengurangkan tabiat merokok. Jika dilakukan dari awal dan beransur-ansur mengurangkan jumlah rokok dalam sehari mulai sekarang dapat memudahkan kita menjalani ibadah puasa.

Kemudian, menyesuaikan diri dengan waktu tidur lebih awal dan bangun lebih awal juga membantu dalam menangani perubahan rutin semasa Ramadan.

  1. Persediaan rohani

Bulan Ramadan banyak melibatkan muhasabah rohani bagi umat Islam.

Kita boleh mempersiapkan diri secara rohani, mendekatkan diri kepada Pencipta dengan memperbanyakkan doa dan membaca Al-Quran.

Melakukan beberapa ibadah tambahan seperti bersedekah, memperbanyakkan selawat dan terus berbuat baik kepada orang lain juga boleh menambahkan lagi erti “kembali kepada kesucian” di bulan Ramadan.

Similar Posts

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.