PADANAN WARNA BAJU DAN TUDUNG UNTUK WANITA BERTUDUNG

PADANAN WARNA BAJU DAN TUDUNG UNTUK WANITA BERTUDUNG

Padanan warna yang betul akan membantu menyerlahkan stail dan penampilan seseorang wanita supaya dirinya cantik menawan, bergaya dan tampak berkeyakinan. Tak kisahlah sama ada nak padankan baju dengan seluar, baju, tudung atau aksesori sekali pun, tetap ada panduannya. Ada orang beli atau tempah baju dulu, kemudian baru pilih tudung. Ada juga yang beli tudung dengan warna dan corak kegemaran untuk dipadankan dengan baju yang bersesuaian.

Wanita dan fesyen sememangnya tidak dapat dipisahkan. Sama ada nak ke pejabat, keluar temu janji, malah ketika berhari raya, semuanya pasti nak nampak perfect. Kalau tersalah padanan baju dan tudung mesti bad mood seharian, kan? Mesti korang sering pening kepala nak pilih padanan warna baju dan tudung yang bersesuaian betul tak? Kak M pun pernah alami perkara yang sama. Dah! Jangan risau, sekarang Kak M kongsikan panduan warna baju dan tudung oleh guru imej, Puan Mary.

 

Emerald Green

Warna ini pernah menjadi trend dan digilai ramai sekitar tahun 2003. Warnanya yang pekat menonjolkan kemewahan dan elegan apabila digayakan. Jika korang menggemari warna Emerald Green, padankan tudung atau baju dengan warna seperti Camel Brown, Gold atau Fern Green.

 

Red Maroon

Wanita yang menggemari warna ini dikelaskan sebagai seseorang yang bersemangat tinggi, berani dan bijaksana. Wow! Padanan warna baju dan tudung amat sesuai dengan warna seperti Chocolate, Pastel Yellow dan Salmon.

 

Dusty Pink

Antara warna yang paling disukai oleh ramai wanita, sekaligus menyerlahkan sisi lembut dan femini, serta membantu penampilan yang lebih memukau. Sama ada tudung atau baju, warna dusty pink amat berpadanan dengan warna-warna seperti Barely Beige, Soft Rosy Pink dan Mauve Pink.

 

Soft Yellow

Jika korang menggemari warna pastel, kami yakin anda sangat familiar dengan warna soft yellow. Nak cari aura positif dan ketenangan? Maka kenakanlah baju atau tudung bewarna soft yellow ini ya. Jangan risau, warna ini amat sesuai untuk dipadankan dengan warna cranberry, peach dan Sage Green.

Haa, agak-agak susah lagi tak nak match-kan warna baju dan tudung korang dalam penampilan seharian?

Kalau korang ikut tips kombinasi warna baju dan tudung seperti di atas, Kak M yakin penampilan korang pasti memukau mata-mata yang memandang.

 

Soft Brown

Perasan atau tidak, warna soft brown sering menjadi pilihan mereka yang bekerja di bidang profesional dan usahawan. Memakai baju atau topi bewarna ini akan menyerlahkan gaya semulajadi dan kematangan. Gayakan sama ada pakaian atau tudung anda dengan warna ini bersama warna hitam, Dark Gold, Dark Greyish Blue dan Black.

 

Deep Silver Grey

Nak nampak gaya mewah? Apa kata padankan pakaian korang yang bewarna Deep Silver Grey bersama Dusty Pink, Soil Brown dan Blue Grey.

 

Pearl Mint Green

Antara salah satu warna pastel yang menjadi kegemaran ramai wanita, sama ada yang muda atau berusia. Sesiapa yang memakai warna ini pasti memberi efek tenang dan lembut. Padankan warna Pearl Mint Green dengan warna Lilac, Beige dan Soft Rosy Pink untuk menambah seri penampilan korang.

 

Haa, agak-agak susah lagi tak nak match-kan warna baju dan tudung korang dalam penampilan seharian? Kalau korang ikut tips kombinasi warna baju dan tudung seperti di atas, Kak M yakin penampilan korang pasti memukau mata-mata yang memandang. Sebenarnya ada lagi kombinasi warna yang Kak M nak share dengan korang. Kalau korang nak lagi, korang boleh komen kat bawah okay.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.