MARYAM – Wanita Pertama Dipilih Allah untuk masuk Syurga

Dari Anas bin Malik mengatakan bahwa Nabi bersabda, pemuka wanita ahli syurga ada empat. Ia adalah Maryam binti Imran, Fatimah binti Rasulallah SAW, Khadijah binti Khuwailid dan Asiyah, isteri Firaun.” (HR Muslim dan Hakim).”

SURAH Maryam mengabadikan wanita bernama Maryam binti Imran dalam al-Quran. Beliau mempunyai pendirian yang kukuh untuk mempertahankan iman dan kesucian dirinya.

Kisah Maryam turut dinukilkan dalam Surah Ali ‘Imran mengenai ibunya yang berhajat untuk menyerahkan anak yang masih dalam kandungan berkhidmat kepada ALLAH SWT.

Maryam keluar dari kampung untuk beruzlah. Tiba-tiba Malaikat Jibril AS yang berupa seorang lelaki sempurna rupa bentuknya datang untuk menyampaikan berita kepada Maryam mengenai anugerah zuriat yang suci. Beliau segera memohon perlindungan kepada ALLAH daripada perbuatan lelaki jahat dan mengharapkan lelaki di hadapannya ialah hamba ALLAH bertakwa. Menjadi kejutan kepada Maryam apabila menerima berita tersebut, sedangkan beliau tidak pernah disentuh oleh lelaki dan bukan penzina.

Maryam menjadi contoh wanita yang menerima ujian amat besar. Ketika melahirkan anak, beliau ditenangkan dengan adanya sungai yang mengalir di bawahnya. Beliau yang masih lemah perlu menggoncangkan pohon tersebut untuk mendapatkan tamar yang masak.

Tidak mudah bagi Maryam yang tidak pernah disentuh lelaki dan berasal daripada keluarga yang dipandang tinggi untuk diterima masyarakat ketika kembali bersama seorang bayi, Nabi Isa AS. Namun keberanian Maryam untuk berhadapan apa jua pandangan masyarakat, menunjukkan kebijaksanaan beliau menangani krisis.

Maryam tidak menjawab pertanyaan kaumnya. Dia menunjukkan kepada bayi untuk menjawab dengan izin ALLAH SWT. Itulah mukjizat Nabi Isa AS. Ia menunjukkan sebagai wanita yang ada prinsip dan berjiwa besar mampu mengurus krisis dalam kehidupan diri, keluarga dan masyarakat.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.