Don’t miss out to grab your favourite colors on Plain Series. We ship worldwide.
Sudah menjadi kewajipan umat islam untuk membayar zakat Fitrah menjelang akhir Ramadhan. Ianya merupakan kewajipan individu. Hal ini sebagaimana Rasulullah SAW bersabda dalam salah satu hadits berikut, yang ertinya:
“Rasulullah telah mewajibkan mengeluarkan Zakat Fitrah (pada bulan Ramadhan kepada setiap manusia).” (HR. Bukhari – Muslim).
Berzakat kepada mereka yang memerlukan merupakan salah satu tiang agama Islam. Setiap muslim pasti berusaha melaksanakan amalan ini dengan tujuan melengkapi kewajiban yang diamanatkan.
Manusia memerlukan dan suka wang sebagai sesuatu yang perlu dimiliki. Oleh kerana itu, kadang orang tidak rela melepaskan apa yang dia suka tanpa apapun balasan.
Dengan membayar zakat, menunjukkan keimananmu kepada Allah SWT.
Sebab, dengan berzakat kamu tidak mengharapkan balasan duniawi melainkan ketenangan hati dan pahala dari Allah SWT.
Dengan membayar zakat, muslim telah masuk ke dalam kelompok orang dermawan dan memisahkan diri dari kelompok orang-orang fakir miskin.
Alasannya, jika seseorang sudah terbiasa memberi dalam bentuk apapun, seperti pengetahuan, wang, atau kebaikan, dirinya akan merasa lebih “lengkap” ketika telah memberikan sesuatu yang bererti untuk orang lain.
Berzakat melatih umat Muslim untuk ikhlas. Jika dilakukan dengan ikhlas dan tanpa paksaan, zakat bermanfaat melatih kita menjadi orang yang ikhlas dan tulus melakukan kebajikan bagi orang lain. Inilah hikmah zakat yang akan membawa banyak keselamatan untukmu.
Rasulullah SAW bersabda, “Salah seorang di antara kalian tidaklah beriman (dengan iman sempurna) sampai ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.” (HR. Bukhari: 13)
Apa kaitannya dengan zakat? tanpa disedari kamu juga menyempurnakan iman dengan tidak hanya mementingkan dirimu sendiri saja, melainkan juga orang-orang lain yang memerlukan.
Orang Islam pasti percaya akan adanya syurga dan berusaha untuk masuk ke syurga.
Apa kaitannya dengan syurga? Manfaat kedua zakat adalah pahala yang diperoleh dapat menjadi “tiket” yang boleh memastikan perjalanan ke Syurga lancar.
Seperti yang disebutkan (Dalam HR. At-Tirmidzi): syurga adalah untuk “mereka yang bertutur halus, memberikan salam, memberi makan orang-orang dan bermalam dengan memanjatkan doa secara sukarela ketika orang-orang sedang terlelap.”
Bulan Ramadan merupakan bulan untuk kita mempertingkatkan amal ibadah. Bulan yang dijanjikan dengan pelbagai ganjaran bagi mereka yang sentiasa mencarinya. Ia boleh diibaratkan seperti sebuah pasar raya yang menyediakan potongan harga dan promosi yang hebat untuk dinikmati oleh semua pelanggan yang hadir. Maka akan datanglah manusia berpusu-pusu dari segenap tempat untuk mendapatkannya. Antara ganjaran yang…
12 ADAB PENTING YANG PERLU DIKETAHUI KETIKA BERZIARAH Syukur ke hadrat Ilahi, kita masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara di bulan Syawal yang mulia ini. Sebulan kita berpuasa, menahan lapar dan dahaga. Juga, sedaya upaya menghalang diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan ibadah puasa. Dalam kegembiraan kita menyambut Aidilfitri di bulan Syawal ini, mari…
7 PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN PUASA Ramadhan secara istilah bermakna menahan diri dari segala hal yang boleh membatalkan puasa. Puasa bukan sahaja mengajar umat Islam menahan diri dari lapar dan dahaga malah menahan diri dari melakukkan perkara yang sia-sia yang mendatangkan dosa. Waktu bermulanya puasa adalah terbit fajar (waktu subuh) hingga terbenamnya matahari (waktu maghrib)…
Cara Susun Tudung Dengan Kemas & Teratur Setiap kali musim perayaan mesti koleksi tudung akan bertambah dengan sendirinya. Pasti korang pun sama dengan Kak M kan. Yelah nak ikut tema warna baju raya kan. Kang tak sedondon pulak. Sekali sekala layan color block tu boleh… tapi kalau selalu sangat peliklah pulak. Kali ini Kak M…
PADANAN WARNA BAJU DAN TUDUNG UNTUK WANITA BERTUDUNG Padanan warna yang betul akan membantu menyerlahkan stail dan penampilan seseorang wanita supaya dirinya cantik menawan, bergaya dan tampak berkeyakinan. Tak kisahlah sama ada nak padankan baju dengan seluar, baju, tudung atau aksesori sekali pun, tetap ada panduannya. Ada orang beli atau tempah baju dulu, kemudian baru…
Penggemar tudung awning pasti menghadapi pasti menghadapi masalah awning rosak atau patah selepas cuci beberapa kali. Lebih-lebih lagi tudung awning eksklusif kalau rosak mesti sedih. Persoalannya macam mana nak pastikan awning tak patah atau rosak dan tahan lama. Di bawah ada beberapa tips untuk jaga awning tudung: Apabila membasuh Cuba elakkan dari membasuh tudung menggunakan…
Copyright © 2022, Maryam Khadijah, All Rights Reserved.
WhatsApp us