BERBUATLAH IHSAN (BAIK) TERHADAP SEMUA MAKHLUK KERANA IANYA SIFAT YANG TERPUJI DAN DISAYANGI OLEH ALLAH SWT
BERBUATLAH IHSAN (BAIK) TERHADAP SEMUA MAKHLUK KERANA IANYA SIFAT YANG TERPUJI DAN DISAYANGI OLEH ALLAH SWT

Sabda Rasulullah SAW:“Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat baik kepada segala sesuatu, jika kalian membunuh maka bunuhlah secara baik, dan jika kalian menyembelih maka sembelihlah secara baik, dan hendaklah salah seorang dari kalian menajamkan pisaunya serta tidak menyiksa kepada sembelihannya.” (HR At – Tirmizi).

Berbuat ihsan (baik) sudah diperintahkan oleh Allah SWT dalam al-Quran, dan dipraktikkan oleh Nabi SAW dan para shahabat dalam kehidupan mereka. Di antara bentuk berbuat ihsan adalah kepada semua makhluk ciptaan Allah, baik kepada manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan.

Menurut al-Quran, salah satu ciri orang yang bertakwa adalah orang yang selalu berbuat ihsan dalam kehidupan sehariannya.Jika kita perhatikan dalam al-Quran dari sebanyak enam belas kali ayat yang mengandungi kalimah ‘Allah mencintai’ terdapat lima di antaranya disandarkan kepada orang-orang yang berbuat ihsan iaitu muhsinin. Menurut ulama tafsir al-Raghib al-Ashfahani, ihsan itu bermakna melimpahkan kenikmatan atau kebajikan kepada pihak lain baik secara fizikal mahupun spiritual.

Di samping itu, ketundukan manusia secara tulus ikhlas kepada Allah SWT juga termasuk dalam pengertian ihsan.Selain itu, pemberian maaf oleh seseorang kepada pihak lain yang bersalah juga disebut sebagai ihsan. Allah SWT berfirman yang bermaksud:“Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.” (QS Ali ‘Imran: 134).

Ihsan menurut dari pandangan Ibnu al-Qayyim al-Jauziyah memiliki tiga tingkatan sebagai mana berikut:

1) Kebaikan dalam niatnya, di mana setiap orang harus mengarahkan perhatiannya menuju Allah SWT. Pada tingkat ini, seseorang harus memasang niat dan motivasi yang kuat.

2) Kebaikan dalam sikap dan perilaku. Pada tingkat ini, seseorang harus mampu menjaga dan memelihara kebaikan sikap dan perilakunya secara konsisten.

3) Kebaikan dalam waktu. Pada tingkat ini, seseorang harus berusaha supaya sepanjang waktu dia dapat menyaksi Allah iaitu yang disebut musyahadah.Oleh itu, adalah wajib bagi setiap Muslim untuk berbuat baik kepada semua makhluk. Bersifat ihsan bukan hanya kepada sesama Islam malah kepada bukan Islam juga kepada makhluk lain.

Rasulullah SAW telah mendidik para sahabat atas dasar sifat yang baik ini disertai dengan akhlak yang mulia, sehingga mereka mencapai darjat yang tertinggi dalam hal ihsan, mendapatkan kehidupan yang baik, bahkan sifat itu juga menjadi salah satu asbab tersebarnya agama Islam. Maka, atas dasar apa untuk kita tidak mengikuti apa yang telah diajarkan oleh Baginda? Berbuat ihsanlah sesama makhluk Allah SWT kerana ianya sifat yang terpuji dan disayangi oleh Allah SWT. Semoga sifat yang mulia ini tertanam dalam hati dan menjadi hiasan diri kita semua.

Sumber : Sinar Harian

MaryamKhadijah
Loyalty Programme
Become a member
With more ways to unlock exciting perks, this is your all access pass to exclusive rewards and benefits.
Already have an account? Sign in
Points
Earn more Points for different actions, and turn those Points into awesome rewards!
Ways to earn
Sorry, this item is out of stock.
This item has been saved to your wishlist.



View My Wishlist Continue Shopping