Kemuliaan Yang Diperolehi Orang Yang Menjaga Solat

Solat adalah kunci kebahagiaan junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW. Apabila dapat mencontohi Baginda SAW, sudah pasti kebahagiaan juga akan menjadi milik kita.

Bukan sahaja tuntutan melaksanakan solat fardu, Nabi SAW sangat menjaga solat sunat termasuk solat malam.

Bagaimanapun, Baginda menasihatkan supaya setiap amalan itu dapat dilaksanakan secara berterusan.

Dalam satu hadis, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Kerjakanlah suatu amalan itu sesuai dengan kemampuan kalian kerana Allah tidak akan bosan sehingga diri kalian yang bosan, sesungguhnya amalan yang paling dicintai Allah adalah yang dikerjakan secara terus menerus walaupun sedikit.”

“Dan dirikanlah solat pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada permulaan malam. ”Surah al-Hud, ayat 114. Tidak hairanlah Saidina Uthman bin Affan memberitahu ada 9 kemuliaan orang yang menjaga solat, iaitu:-

  1. Dicintai Allah

Cinta adalah kebenaran dan keadilan dan kerananya langit, bumi dan seluruh isinya diciptakan. Cinta termulia dan tertinggi adala cinta-Nya yang dapat diperolehi setelah kita berusaha untuk menjadi hambanya dengan melaksanakan solat sesempurnanya.

  1. Badan selalu sihat

Banyak kajian saintifik yang dibuat mengenai betapa manfaatnya gerakan solat terhadap fizikal manusia seperti hasil kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya yang mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

  1. Dijaga oleh Malaikat

Dalam diri manusia, Allah SWT menugaskan empat malaikat kepadanya. Dua malaikat berada di sebelah kanan dan kirinya, yang sentiasa mencatat setiap amal perbuatannya. Dan dua malaikat lagi yang sentiasa mengikutinya dari arah depan dan belakang. Mereka semua menjaga manusia yang sentiasa menjaga solatnya kerana Allah SWT sentiasa rapat dengan orang yang tidak melupakanNya.

  1. Turun berkat pada rumahnya

Menurut tafsir Ibnu Katsir, Imam Tabari berpendapat bahawa orang yang melaksanakan solat fardhu menjadi terbuka segala permintaan dari amalan-amalannya yang kemudian dibalas oleh pahala oleh Allah SWT.Maka seiring dengan itu, terbukalah segala pintu keberkatan yang melimpah ruah dalam kehidupannya termasuk seisi rumahnya.

 

  1. Tampak pada wajahnya tanda orang soleh

Dikatakan dalam hadis Riwayat At-Tirmizi, daripada Syaqiq bin Abdullah – seorang tabiin yang disepakati kemuliaannya – dia berkata

 

“Para sahabat Rasulullah SAW tidak berpendapat bahawa tidaklah amal perbuatan ditinggalkan menyebabkan kekufuran melainkan solat.”Riwayat At-TirmiziHadis ini bermaksud bahawa barangsiapa yang meninggalkan solat maka akan hilang nur di wajahnya manakala mereka yang memelihara solatnya pasti timbul tanda-tanda orang soleh.

  1. Allah akan melembutkan hatinya
  2. Lalui sirat (titian) sepantas kilat
  3. Diselamatkan oleh Allah

Terdapat hadis Qudsi riwayat Imam Ahmad dalam Isamuddin As-sababati, Baginda bersabda, sesu“Barangsiapa menunaikan solat pada waktunya, kemudian dia memeliharanya, tidak melalaikannya kerana meremehkan haknya, maka dia mempunyai janji yang pasti Aku penuhi, iaitu Aku akan memasukkannya ke dalam syurga.”Riwayat Imam Ahmad. Oleh itu insan yang memelihara solatnya pasti akan diselamatkan daripada bahang api neraka.

 

  1. Allah menempatkannya bersama orang yang tidak takut dan tidak sedih

Allah berfirman dalam surah al-Ma’arij

“Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah dan gelisah; apabila ditimpa kesusahan, dia sangat gelisah; dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil, kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang. “Surah al-Ma’arij, ayat 19Justeru itu jadilah individu muslim yang mutlak, sentiasa melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya terutamanya dalam urusan akhirat. Seperti mutiara kata Imam Hassan al-Basri

“Wahai anak Adam, juallah duniamu untuk akhiratmu, niscaya kamu untung di keduanya, dan janganlah kamu jual akhiratmu untuk duniamu, karena kamu akan rugi di keduanya.Singgah di dunia ini sebentar, sedangkan tinggal di akhirat sana sangatlah panjang.”Imam Hassan al-BasriAkhir kata, tunaikan solat dengan sebaiknya berpandukan firman Allah di dalam surah Hud ayat 114, sebaiknya yang dimaksudkan adalah melaksanakan solat pada awal waktu, suci daripada kekotoran dan menjaga kekhusyukkan.Mudahan Allah menerima segala amalan baik kita. 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *