KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA

BULAN Kebangsaan 2022 seperti yang sebelumnya akan disambut pada dua tarikh, iaitu 31 Ogos untuk Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada 16 September. Pada kelazimannya, hanya satu tarikh diangkat untuk memperingati peristiwa bersejarah berhubung kewujudannya sebagai negara berdaulat. Walaupun begitu, kita menyambutnya melalui dua perayaan yang bukan sahaja sama-sama penting, juga saling melengkapi.

‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 (HKHM2022) selari dengan konsep keharmonian #KeluargaMalaysia.

Maksud tema pada tahun ini ialah:

Keluarga Malaysia merujuk kepada masyarakat yang hidup aman damai dan bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.

Teguh bermaksud kukuh, kuat dan erat.

Bersama: bermaksud bersama-sama berserta atau berganding bahu.

Manakala frasa ‘Teguh Bersama’ mendukung maksud kekuatan dan kesepaduan yang dicapai secara kolektif serta mampan.

Semoga kemerdekaan pada tahun ini dapat menyatukan seluruh rakyat Malaysia bersama sebagai satu keluarga yang teguh.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.