KELEBIHAN SOLAT TERAWIH

Pejam celik pejam celik kita dah hampir 10 malam Ramadan terakhir. Bila dah nak akhir-akhir Ramadhan ni ramai yang kalut nak buat kuih rayalah, beli persiapaan untuk rayalah tapi jangan lupa buat solat tarawih. Banyak pahala yang dapat lebih-lebih lagi dalam 10 malam terakhir ramadhan

“Sesiapa yang melakukan qiyam Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran serta keampunan, akan diampunkan buatnya dosa-dosa yang terdahulu” (Riwayat Al-Bukhari). Kita tahu pentingnya solat tarawih terutamanya dalam 10 malam terakhir tapi apakah kelebihan solat Tarawih?

Sebelum anda berbuka puasa, tahap gula darah dan juga insulin berada pada tahap terendah dalam tubuh anda. Selepas anda berbuka puasa, paras gula darah dan juga plasma insulin akan mula meningkat naik dalam tubuh.

Pada ketika ini juga, hati dan juga otot badan akan mula memproses dan mengedarkan glukosa yang ada dalam tubuh. Gula darah akan mula berada pada tahap yang tinggi dalam tempoh 1 atau 2 jam selepas berbuka.

Pada ketika anda melakukan solat Tarawih, glukosa yang sedang beredar dalam tubuh anda akan dimetabolisme menjadi karbon dioksida dan juga air. Secara tidak langsung, solat Tarawih membantu membakar lebih banyak kalori dan meningkatkan fleksibiliti serta koordinasi tubuh. Selain itu juga, solat Tarawih membantu mengurangkan tindak balas autonomi berkaitan tekanan bagi individu yang sihat dan mengurangkan kegelisahan serta kemurungan yang dialami.

Solat yang dilakukan ini adalah seumpama 1 senaman setelah anda berbuka puasa. Ia membantu meningkatkan kecergasan fizikal tubuh badan, kesejahteraan emosi dan juga memanjangkan umur.

Selain itu, terdapat juga beberapa manfaat lain solat Tarawih yang mungkin anda perlu tahu. Antaranya ialah:

1)Membantu mengembalikan kekuatan otot bagi individu yang telah berusia. Apabila seseorang itu telah berusia, senaman fizikal mereka biasanya semakin berkurangan. Ia kemudiannya menjadikan tulang mereka menipis. Pergerakan yang berulang-ulang sewaktu melakukan solat Tarawih mampu memperbaiki fleksibiliti sendi, kekuatan otot serta kekuatan tendon.

2)Pergerakan secara berulang kali dan banyak kali sewaktu melakukan solat Tarawih membantu membakar kalori yang diperoleh sewaktu berbuka puasa

3)Solat fardu dan solat Tarawih selepas berbuka puasa membantu mencernakan makanan yang telah dimakan dengan lebih mudah

4)mampu meningkatkan stamina, keyakinan diri serta memberikan ketenangan pada mental seseorang

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.