KELEBIHAN SOLAT SUNAT RAWATIB SUBUH DALAM KEHIDUPAN

           Nabi sangat cintakan solat sunat sebelum subuh

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah  RA katanya:

لَمْ يَكُنِ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى شَيْءٍ مِنَ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مِنْهُ تَعَاهُدًا عَلَى رَكْعَتَيِ الفَجْرِ

Maksudnya: “Nabi SAW tidak pernah memberi perhatian terhadap amalan-amalan sunat sebesar perhatian Baginda terhadap (solat sunat) dua rakaat Fajar.”

Menurut Ibn al-Qayyim, katanya: Penjagaan Baginda SAW terhadap sunat Rawatib subuh melebihi seluruh solat sunat. Baginda SAW tidak pernah meninggalkan sunat rawatib subuh dan solat Witir sama ada ketika melakukan perjalanan musafir atau ketika bermukim.                                                                                       

Hukum mengerjakan solat sebelum subuh

Hukum mengerjakan solat sunat sebelum subuh ini adalah sunat. Namun begitu, ia menjadi amalan sunnah yang sangat gemar diamalkan oleh Rasulullah SAW.

Pada riwayat lain disebutkan : “Nabi tidak pernah begitu kuat ketekunannya dalam mengerjakan solat-solat sunat rawatib melebihi dua rakaat sebelum subuh. “- (Hadis Riwayat Muslim & Bukhari)

Hikmah disyariatkan solat sunat sebelum subuh

Hikmah yang paling ketara dalam solat sunat sebelum subuh adalah ia merupakan amalan yang lebih baik daripada seluruh dunia. Bahkan Rasulullah SAW menjelaskan bahawa solat sunat sebelum subuh lebih bernilai dari seluruh isi di dunia,

Maksudnya: “Solat  sunat dua rakaat sebelum subuh adalah lebih baik dari ( nilai ) isi dunia dan seluruh yang ada padanya.”- (Hadis Riwayat Muslim)

Selain itu, kebaikan-kebaikan lain yang boleh diperolehi adalah seperti:

  • Amalan sunat yang paling dijaga oleh Rasulullah SAW
  • Lebih baik dari seluruh dunia dan isinya
  • Lebih penting daripada nyawa sendiri
  • Mengikut sunnah Rasulullah SAW
  • Mendekatkan diri manusia kepada Allah SWT

Kesimpulan

Seseorang yang mampu untuk bangun pada awal pagi dan mendirikan solat untuk tunduk kepada Allah SWT, dia adalah individu yang paling berjaya di dunia ini. Dugaan dan godaan silih berganti akan menganggu iman manusia.

Namun jika jihad menundukkan nafsu tidur itu kuat, maka kita sudah tentu mampu menjadi hamba Allah SWT yang sangat dicintai oleh Nya.



Credit:MySihat

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *