JENIS-JENIS KAIN TUDUNG

Kalau ikutkan ramai je tak tau nak buat pilihan material apa yang sesuai dengan bentuk muka. Bentuk muka setiap orang berbeza, ada yang bujur, bersegi atau bulat dan warna kulit juga berbeza sekaligus memberi kesan terhadap material tudung yang dipilih. Ramai yang masih keliru nak pilih material tudung yang sesuai dengan bentuk muka. So nak kena tahu material yang paling sesuai sebenarnya kena cuba semua baru tahu material apa yang sesuai. Ada beberapa jenis material tudung yang hijabista macam korang perlu tahu.

 

  1. COTTON

Berasal daripada serat kapas yang membolehkan kulit bernafas dengan baik. Kain kapas merupakan fabrik yang sangat sesuai dipakai dengan iklim cuaca panas dan lembab seperti di Malaysia. Antara ciri-ciri lain untuk kain cotton adalah :

    • Mudah menyerap
    • Sedikit keras dan sejuk
    • Tak boleh direndam lama ( merosakkan material )
    • Tidak mudah ronyok
    • Boleh dicuci basah dan cucian kering

Ada pecahan lain pula untuk jenis-jenis kain cotton yang ada dipasaran seperti :

    • Cotton Paris
    • Cotton Jepun
    • Cotton Silk
    • Cotton Minyak
    • Cotton Biasa

2. CHIFFON

Material yang diperbuat daripada sutera, kapas dan fiber sintetik ini mempunyai tekstur yang lembut, beralun dan ringan. Walaupun ia bersifat mudah tembus, ada banyak tudung dipasaran yang dihasilkan menggunakan fabrik chiffon. Berikut merupakan jenis-jenis kain chiffon yang ada :

  • Chiffon Sutera – Sesuai untuk dijadikan tudung dan shawl tetapi harganya sedikit mahal dan memerlukan penjagaan rapi. Fabrik ini juga hanya boleh dicuci menggunakan cucian kering.
  • Chiffon Georgette – Gabungan fabrik chiffon dan georgette yang lebih mudah dijaga juga boleh didapati dengan yang lebih murah.
  • Chiffon Goldline
  • Double Chiffon
  • Chiffon Plain
  • Printed Chiffon
  • Chiffon Crepe
  • Voscose Chiffon
  • Cerutti Chiffon
  • Paris Chiffon
  • Blend Chiffon

3. LYCRA

Pernah viral dahulu tentang fabrik ini yang dijadikan pelbagai jenis tudung termasuklah tudung berbentuk segi empat. Tapi tau tak Lycra ada banyak jenis? Lycra mempunyai pelbagai jenis yang membezakan jenis-jenis ini adalah HARGA. Berikut merupakan jenis-jenis Lycra yang ada dipasaran :

  • Lycra Strechable – Mudah diregangkan dan apabila diregangkan tidak berlakunya tetasan benang pada fabrik. Ia mudah menyerap peluh, tahan lasak, ada banyak pilihan warna dan penjagaan fabrik yang mudah.
  • Lycra Cotton – Sedikit nipis, 100% mudah serap air, sejuk apabila dipakai, strechable, tahan lasak dan tidak tembus cahaya.
  • Lycra Nipis – Mudah tembus cahaya, tidak sesuai dijadikan tudung kerana material yang sedikit keras, tidak menyerap air walaupun strechable.

4. SATIN

Sukar untuk digayakan tapi ramai peminat material satin ni. Kenapa ? Sudah tentulah material ini nampak mewah dan didatangkan dengan pelbagai warna. Jangan kata TIDAK – mesti ada barang sehelai tudung satin dalam koleksi korang. Kan ? Tapi untuk mereka yang baru nak mula menggunakan tudung satin ni, kena pandai pilih dan korang kena pastikan bahagian dalam tudung bersifat matte dan tidak licin. Kalau tak sepanjang harilah tudung asyik melurut je.

Ada banyak jenis satin, antaranya :

  • Pearl Satin – Tidak tebal, tidak nipis, sejuk dan sangat sesuai dijadikan shawl.
  • Satin Maria – Elegan, eksklusif, nampak mahal, agak tebal, warna shining di luar dan matte di dalam, kebiasaan founder tudung jadikan material Satin Maria sebagai tudung bawal.
  • Satin Maxmara – PREMIUM dan mempunyai tekstur yang lembut, tidak panas, flowy, berkilau dan banyak sangat pilihan warna yang ada dipasaran. Tetapi korang kena tahu, bila jenis kain premium ni korang kena lah basuh manual ya , jangan main campak je dalam mesin basuh. 
  • Satin Silk – Ada banyak jenis dengan kepelbagaian warna. Ada tebal dan mudah dibentuk serta nipis yang flowy.
  • Satin Venus – Sejuk, nipis tetapi tidak terlalu see through, sesuai dijadikan pelbagai jenis tudung.
  • Satin Crepe – Sangat sesuai dijadikan shawl ( bawal tak sesuai tau !! ), stretchabel dan mudah dibentuk kerana ia tidak melekap di muka.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.