TIPS PENJAGAAN INNER TUDUNG

TIPS PENJAGAAN INNER TUDUNG

Korang mesti ada masalah dalam menjaga inner tudung korang kan? Mesti sayangkan kalau tudung kita “rosak” macam tertarik benang, warna luntur atau bercapuk dengan warna lain apabila kita basuh. Jadi Kak M nak share tips penjagaan cara membasuh inner tudung.

Antara tips penjagaan inner dari segi cara membasuh inner tudung adalah:

  1. Pastikan inner tudung tidak digosok atau diberus ketika mencuci. Cukup dengan hanya mencelup dan mengangkatnya beberapa kali sahaja sehingga bersih daripada bahan pencuci.
  2. Rendam anak tudung seketika didalam air bercampur dengan pelembut selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Jemur inner tudung korang dikawasan yang redup. Jemur di Kawasan yang redup (dibawah cahaya matahari yang tidak terlalu terik).
  3. Setiap kali membasuh inner tudung, pastikan korang asingkan inner tudung dengan pakaian yang lain. Korang kena amalkan membasuh inner tudung bersama inner tudung sahaja supaya inner tudung korang tahan lama.
  4. Jangan sesekali memasukkan tudung ke dalam mesin basuh kerana ianya akan merosakkan material kain. Jika mahu anak tudung tahan lama, korang perlu cuci guna tangan.

Haaa, korang jangan lupa ikut tips diatas yer untuk pastikan inner tudung korang tahan lama untuk selesa dipakai selalu. Kalau korang ada tambahan tips yang nak dikongsi, korang boleh komen dibawah tauu.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.