CARA SUSUN TUDUNG DENGAN KEMAS & TERATUR

Cara Susun Tudung Dengan Kemas & Teratur

Setiap kali musim perayaan mesti koleksi tudung akan bertambah dengan sendirinya. Pasti korang pun sama dengan Kak M kan. Yelah nak ikut tema warna baju raya kan. Kang tak sedondon pulak. Sekali sekala layan color block tu boleh… tapi kalau selalu sangat peliklah pulak. Kali ini Kak M nak kongsikan beberapa tips cara penyimpanan tudung yang korang boleh praktikan mengikut kesesuaian korang. Selamat menyusun dan mengemas ye..

 

  1. Rak Tudung Ala Kedai.

Susun tudung mengikut tone warna bagi colour yang plain . Tudung tu perlulah dilipat 4 dahulu kemudian hanger dan gantung mengikut kesesuaian . Barulah susun didalam almari samada didalam almari terbuka mahupun almari yang tertutup.

 

     2. Rak Tudung Berbakul.

Cara yang kedua adalah dengan memasukkan ke dalam bakul. Asingkan mengikut color dan jenis tudung. Shawl dengan geng shawl dan bawal dengan geng bawal. Kalau tak letak sekali takut pulak bergaduh dan tak pasal-pasal berterabur tudung dalam tu. Korang jugak yang penat kena susun balik. hahaha. Korang ingat korang je boleh gaduh. Tudung pun boleh gaduh la.. 😛

 

  1. Rak Tudung Tersepit.

Yang ni Kak M dah praktikkan. Tapi tulah tudung mummy makin lama , makin panjang dan makin makan ruang. Mau penuh bilik sepit tudung nanti. hahaha. Tapi yang menariknya kalau korang iron siap-siap, sepit dan terus je boleh pakai. Senang dan ringkas. Nak pilih color nak matching-matching dengan baju pun senang. Hehehe

   

     4. Hanger Tudung Jimat Ruang.

Serius style penyimpanan macam ni, memang jimat ruang. Boleh sangkut je dalam almari. Dan Kak M sendiri pun praktikannya. Sesuai buat korang yang sikit tudungnya. Harga pun murah. Boleh didapati di kedai ECO, DIY, SHOPEE mahupun kedai household.

 

  1. Hanger Bertingkat.

Hanger ni korang boleh dapati dikedai ECO, DIY, SHOPEE dan juga Household juga. Cuma kalau korang banyak tudung, banyaklah hanger nak kena beli. Boleh dimasukkan didalam almari baju dan tidak memerlukan rak yang khas.

 

  1. Hanger Single.

Yang ni nama diberi sebab satu hanger satu tudung. No share-share ye. Serius dia memang makan ruang. Sesuai shawl ataupun tudung jenis tebal mahupun panjang berjela. Nak share tak bolehlah. Beratkan. Kena pulak hanger jenis bulat dan nipis macam ni. Tapi style hanger macam ni nampak stylo. So tak boleh simpan dalam almari nanti orang tak nampak. Serius ni tudung simple dan aesthetic gilerr.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.