CARA PENJAGAAN KEBERSIHAN DAN KESIHATAN DIRI

1. Berus Gigi Selepas Makan & Sebelum Tidur

Cara pertama untuk mengekalkan
kebersihan diri adalah dengan menjaga kebersihan mulut dan gigi. Tujuannya
adalah untuk mengekalkan kebersihan gigi serta mengelakkan rongga nafas berbau
dan gangguan orang lain. Dengan itu cara yang terbaik menjaga gigi dan mulut
anda ialah memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari.

2. Mandi Dua Kali Sehari & Cuci Rambut

Setiap kawasan
mempunyai iklim yang berbeza dan budaya mandi juga turut berbeza. Anda pasti
perasan sesetengah orang yang berada di negara 4 musim hanya mandi sekali dalam
sehari sahaja! Tapi sebagai penduduk negara yang bermusim tropika ini, adalah
lebih baik anda mandi dua kali sehari. Secara amnya anda perlu mandi pada waktu
pagi sebelum memulakan aktiviti dan petang selepas bekerja atau malam sebelum
tidur. 

3. Basuh Tangan Anda Dengan Sabun

Dalam musim
wabak covid-19 yang melanda negara, anda disarankan untuk kerap membasuh tangan
anda dengan sabun atau lebih baiknya dengan ‘hand satisizer’ yang mempunyai
kandungan alkohol lebih 70%. Ini bagi membasmi kuman bakteria dengan lebih
efisien.

 

 4. Bersihkan Kuku Selalu

Kuku anda
merupakan sebahagian yang kecil pada badan anda. Namun begitu, kuku juga
merupakan tempat yang berpotensi tinggi untuk kuman dan bakteria 
mengembangkan pelbagai penyakit dalam badan kita. Apabila anda mencuci tangan
dengan sabun, pastikan kebersihan semasa mencuci sampai ke bahagian kuku,
terutamanya jika anda mempunyai kuku panjang.

5. Jaga Kebersihan Pakaian Seharian

Basuhlah
pakaian anda dengan menggunakan detergen dan keringkannya di bawah matahari
supaya bakteria dan kuman yang tinggal di pakaian akan mati. Pakaian yang tidak
mempunyai cahaya matahari atau tidak kering sepenuhnya biasanya akan
menyebabkan bau yang tidak menyenangkan.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *