CARA BERPAKAIAN UNTUK WANITA MUSLIMAH MENGIKUT AJARAN ISLAM

Wanita dalam agama Islam sangat dilindungi dan sangat tinggi darjatnya kerana wanita merupakan makhluk yang kuat. Wanita boleh melakukan dan mengalami perkara yang tidak mampu dilakukan ataupun dialami oleh lelaki seperti mengandung, melahirkan, dan lain-lain.

Namun selain itu, wanita juga kerap menjadi salah satu sumber ‘fitnah’ negatif yang merugikan banyak pihak lebih-lebih lagi dalam hal aurat dan pakaian yang dikenakannya untuk menutup aurat. Mengenai perkara ini Allah telah berfirman dalam surat An-Nur ayat 31 yang bermaksud: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya”

Islam sendiri telah mengatur tentang tatacara pakaian yang baik bagi para wanita muslim sebagai bentuk penjagaan diri dan auratnya serta sebagai bentuk ketakwaannya terhadap Allah

  1. Menutup Aurat

Seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan serta hujung jari-jari tangannya saja. Pakaian yang panjang dan tudung yang labuh sehingga menutupi dada adalah salah satu pakaian yang dianjurkan dalam Islam. Hal ini telah jelas dikatakan dalam Al-Quran dalam surat al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud: “Wahai nabi suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar)”

2.  Memakai pakaian yang longgar

Memakai pakaian yang longgar adalah salah satu cara untuk menutup aurat juga, kerana menutup aurat tidak hanya soal menutup bahagian tubuh sahaja akan tetapi juga menutup lekuk tubuh sehingga lekuk tubuh kita tidak menonjol pada pakaian yang kita pakai. Untuk itu Islam mengharuskan wanita memakai pakaian yang longgar. Selain itu dari segi kesihatan juga menganjurkan pakaian yang longgar agar kulit tubuh kita mempunyai ruang untuk bergerak serta ruang bernafas untuk kulit kita

3. Memakai pakaian yang sederhana

Dari segi kesederhanaan pakaian dan penampilan, baik lelaki mahupun perempuan sama-sama dianjurkan untuk menerapkannya. Pakaian yang terlalu menjolokkan akan lebih menarik perhatian pandangan ‘buruk’ serta menimbulkan ‘fitnah’ lain seperti rasa dengki, sombong bahkan takabbur baik pada pemakainya atau orang yang melihatnya.

4. Memakai kain yang tebal (Tidak telus atau jarang)

Perkara ini telah diterangkan sebelum ini pada point atas. Menutup aurat bukan hanya soal menutup bahagian tubuh sahaja tapi juga menutup lekuk tubuh agar tidak kelihatan pada pakaian yang jarang atau ketat. Walaupun pakaiannya longgar namun jika ia jarang maka lekuk tubuh akan tetap kelihatan walaupun samar. Oleh karena itu seorang wanita harus bijak dalam memilih pakaian yang akan dipakainya dengan memilih kain yang tebal atau tidak jarang.

5. Menghindari pakaian yang menyerupai lelaki

Islam sangat tegas dalam hal ini bahawa perempuan tidak perlu memakai pakaian atau berpenampilan seperti lelaki, begitu juga sebaliknya. Hal ini telah dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. “Rasulullah SAW melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki”

6. Menghindari Bertabarruj

Tabarruj adalah sikap buruk yang menunjukkan apa yang harus ditutupi dengan tudung yang digunakannya dan memperlihatkan mahkota, perhiasan dan kecantikannya serta segala sesuatu yang ada dalam tubuhnya yang mestinya ditutup di balik tudungnya kerana hal itu dapat menggoda kaum lelaki.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.