Help | Blog

Woostify logo

Get our latest designs of Sarung Printed . We ship worldwide.

6 TIPS MUDAH PENJAGAAN TUDUNG

 Perempuan berhijab sudah semestinya memiliki keinginan untuk mengumpul banyak koleksi tudung tak kira jenis tudung bawal, tudung shawl, tudung instant dan banyak lagi. Kadang – kadang sampai ada yang tak cukup ruang nak simpan stok tudung. Tak mustahil ada banyak macam tu. Maklumlah pantang tengok keluaran terbaru terus gatal tangan nak pergi beli. Macam Kak M sendiri setakat ni dah ada 4 laci khas untuk tudung, belum kira lagi mana yang dah tak pakai letak kat kampung je. Walaupun dah bertimbun tudung yang lama dalam laci, tapi rasa sayang sangat nak buang. Kadang tu sampai jual murah-murah je dekat kawan dan sedara-mara. Lepas tu boleh la tambah pusing modal untuk tambah lagi koleksi baru, Hehe. Almaklumlah fesyen tudung ni sentiasa berubah. Kita sebagai hijabista kenalah Up To Date giteww. Tapi selepas dah habis musim untuk design tu, tetap juga pakai balik design yang lama sebab dah tebiasa dan selesa macam itu. Betul tak?


Bagi orang yang banyak koleksi tudung tu, mungkin ada setengah tudung yang jadi favourite korang kan. Bila dah selalu sangat pakai tudung yang sama, mesti colour tudung tu agak luntur. So macam mana nak jaga tudung tu biar nampak macam baru? Haa, mai kami habaq kat hampa semua macam mana cara nak jaga tudung hampa tu dari lusuh. Lepas dah tahu tips ni boleh la terus cuba dekat tudung lama tu. Mana tau kot bekenan hati nak pakai balik sebab dah nampak baru hehe.


1. Gunakan pelembut fabrik 

Cara pertama, make sure korang semua gunakan pelembut fabrik tak kisahlah jenama apa pon asalkan dia pelembut fabrik. Lepastu rendamkan tudung seketika di dalam air suam yang telah dicampurkan dengan bahan pencuci atau sabun berserta bahan pelembut fabrik. Pastikan bahan pencuci atau sabun korang tu jenis cecair ye bukan jenis serbuk. Nanti tak pasal-pasal lain pulak jadinya. Kemudian bilas tudung dengan air bersih sehingga tiada kesan sabun atau kesan pelembut fabrik melekat pada tudung. Last sekali sidai la macam biasa, takkan cara sidai tudung pun nak kena ajar? Hehe gurau2.


2. Jangan sental terlalu kuat.

Cara kedua, untuk mengelakkan tudung hampa cepat rosak, sebaiknya cuci tudung dengan cara menyental tudung menggunakan tangan atau menggunakan kaedah ramas je dengan lembut. Tips ini khas untuk mengelakkan daripada fabrik tudung menjadi rosak tau. Kalau ada kotoran, boleh gunakan berus atau gunakan tangan dan gosokkan perlahan-lahan saja sampai kotoran hilang pada tudung. #sayangilahtudunghampa


3. Jangan cuci tudung menggunakan mesin basuh

Cara ketiga, sekiranya hampa teringin sangat nak basuh tudung menggunakan mesin basuh, make sure hampa tak campur tudung dengan baju-baju lain tau, sebab ia akan merosakkan kain tudung hampa. Macam yang kita tau, kain tudung kan diperbuat daripada fabrik yang lembut. So kalau bercampur dengan kain lain time basuh, benda tu akan beri effect dekat tudung korang. Kalau nak basuh menggunakan mesin basuh, pastikan masukkan tudung ke dalam bekas berjaring supaya fabrik tudung tak rosak.


4.Tidak terdedah dengan cahaya matahari terik.

Cara keempat, jangan sesekali biarkan tudung hampa terdedah dengan cahaya matahari yang terik. Memang mengambil masa yang sekejap untuk kering tapi hampa kena beringat, tudung yang disidai di bawah matahari yang terik akan menyebabkan warna tudung menjadi cepat pudar sama macam baju-baju juga. Jadi, sidai di tempat yang tidak terkena direct cahaya matahari. Even lambat sikit kering, at least tudung hampa tak cepat lusuh. So boleh la pakai tudung tu banyak kali hehe.


5. Gosok tudung dengan suhu yang sesuai. 

Disebabkan jenis fabrik tudung ada pelbagai jenis, so hampa kena tau suhu yang sesuai dengan fabric tudung tersebut. Kalau jenis tudung tu nipis, make sure gosok tudung dengan suhu yang tak terlalu panas dan vice versa. Untuk fabric jenis chiffon dan silk fabrik kainnya memang lembut, jadi kena lebih berhati-hati ketika menggosok dengan menggunakan suhu yang tidak terlalu panas untuk mengelakkan tudung hampa daripada terbakar.


6.Simpan dengan betul

Ada banyak cara untuk menyimpan tudung. Macam yang Kak M selalu buat, gosok siap-siap tudung dan gantung kalau tak nak gosok, lipat elok-elok pastu gantungkan kat hanger. Bagi setengah orang ada yang lipat kemudian susun elok dalam almari atau laci mengikut jenis atau warna tudung. Pastikan cara simpannya betul mengikut jenis tudung hampa. Kalau jenis bawal atau shawl, hampa boleh lepat je. Tapi kalau tudung sarung tu sebaiknya gantung sebab nak elakkan awning dia daripada rosak.


Sebenarnya banyak lagi tips yang Kak M nak sharekan kat hampa semua untuk penjagaan tudung ni, Ini baru sebahagian tips yang boleh dipraktiskan. Kalau ada lagi tips penjagaan tudung yang lain, hampa semua dialu-alukan untuk tinggalkan komen ye. Jangan lupa Sharing is Loving

Shopping cart

0

No products in the cart.