BAHAYA KAFEIN BERLEBIHAN

Kafein adalah bahan kimia perangsang yang terdapat dalam pelbagai jenis makanan, minuman dan produk hasilan yang sering dijual di pasaran.

Ia merupakan bahan yang sering menjadi pilihan pengguna tatkala ingin membebaskan diri daripada rasa mengantuk atau jika ingin mencapai objektif tertentu seperti pengurangan berat badan dan tenaga tambahan sebelum bersenam.

Secara teknikalnya, ia merupakan sejenis dadah. Ia terkandung di dalam minuman seperti teh, kopi, air coklat dan air berkarbonat. Ada juga kafein yang dijual dalam bentuk pil dan kebiasaannya ia diambil sebagai suplemen atau dimakan sebelum seseorang individu itu melakukan aktiviti lasak.

Pengambilan bahan berkafein boleh menyebabkan peningkatan kadar proses fisiologikal badan. Tanda terlebih kafein dalam badan seseorang individu itu adalah dia akan menjadi lebih peka, jantung berdegup lebih kencang atau mempunyai lebih banyak tenaga untuk melakukan sesuatu.

Walaupun ia seperti membantu seseorang untuk menjadi lebih produktif, pengambilannya secara berlebihan boleh menyebabkan kesan negatif terhadap tahap kesihatan seseorang.

Mereka yang mengambil bahan berkafein secara berlebihan boleh mengalami beberapa simptom awal. Namun, kebanyakan individu sering memandang ringan terhadap perkara itu memandangkan tanda terlebih kafein dalam badan kebiasaannya tidak begitu serius.

Berikut merupakan simptom atau tanda terlebih kafein dalam badan yang boleh dialami oleh seseorang individu:

  • Demam
  • Sakit kepala
  • Insomnia (masalah sukar untuk tidur)
  • Cirit-birit
  • Kehausan
  • Iritabiliti (mudah marah, rasa rimas)

Jika diambil mudah, tanda terlebih kafein dalam badan tersebut boleh menjadi semakin teruk mengakibatkan gejala yang memerlukan rawatan perubatan. Antaranya adalah:

  • Susah untuk bernafas
  • Halusinasi
  • Kekeliruan mental
  • Tanda terlebih kafein dalam badan, amda akan alami sakit dada
  • Pergerakan otot tidak terkawal
  • Degupan jantung laju atau tidak sekata
  • Konvulsi (sawan)
  • Aritmia (terutamanya pemfibrilan ventrikel)

Mungkin terdapat beberapa tanda terlebih kafein dalam badan atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor dengan segera.

Sumber: Hello Doktor

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.