Akikah atau Qurban mana satu dulu?

Umum mengetahui akikah dan korban memerlukan seseorang yang berniat untuk menyembelih (atau serahkan kepada wakil) kambing atau haiwan lain yang dibenarkan untuk dikongsi bahagiannya. Tetapi ramai juga sudah cakna akan belanja untuk seekor haiwan boleh menelan banyak kos.

Jadi ramai yang memilih untuk berkongsi. Adakah ibadah akikah atau korban itu akan menjadi sah?

Sama ada berkongsi korban atau akikah, kami akan jelaskan hukumnya di bawah.

Kedua-dua ibadah ini tidak mempunyai kaitan sama sekali tetapi keduanya adalah sunnah muakkad yang sangat dituntut. Jadi persoalan yang timbul adalah, yang mana satu patut diberikan keutamaannya?

Jika dijawab pada dasarnya, sudah tentu ibadah akikah kerana ibadah ini selalu dilaksanakan untuk menyambut kelahiran baru. Bagaimana pula anak itu tidak diakikahkan dan sudah dewasa? Adakah beliau perlu akikah dahulu sebelum berkorban?

Soalan ini dapat dijawab sekiranya kita lihat pada sabda Nabi SAW yang membawa maksud:

 “Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan akikahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”.

Namun dari segi waktu pula, apabila menjelang bulan Zulhijjah dan hampir kepada waktu korban, lebih elok didahulukan korban kerana pelaksanaannya hanya pada 10 hingga 13 Zulhijjah sahaja pada setiap tahun.

Apa itu Korban dan Akikah?

Ibadah korban merupakan ibadah sembelihan haiwan ternakan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T pada Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah) dan 3 hari Tasyrik (11-13 Zulhijjah)

Berikut merupakan syarat-syarat sah ibadat korban.

  1. Berniat korban ketika menyembelih
  2. Sembelih korban pada matahari naik sepagalah pada 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah
  3. Penyembelih adalah orang Islam
  4. Tidak ada kecacatan pada binatang korban yang boleh mengurangkan dagingnya
  5. Binatang yang ingin disembelih perlulah cukup umur:
    • Biri-biri : 1 Tahun atau lebih
    • Lembu/Kerbau: 2 Tahun atau lebih
    • Unta: 5 Tahun atau lebih

Seperti dinyatakan di atas, hukum asal untuk ibadah korban pada asalnya adalah sunat muakkad Iaitu sunnah yang digalakkan. Namun jika seseorang telah berniat korban nazar, beliau WAJIB melaksanakannya.

Untuk akikah pula, perlaksanaannya juga adalah sunat muakkad. Ia bersesuaian dengan sabda Nabi SAW yang membawa maksud:

“Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan akikahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”.

Waktu pelaksanaannya pula adalah disunatkan pada anak itu berusia 7 hari, 14 hari atau pada 21 hari. Jika keluarganya tidak mampu untuk melakukannya dalam hari-hari berikut, sunat dilaksanakan pada bila-bila masa sebelum anak itu baligh.

Setelah anak itu baligh, terlepaslah tanggungjawab akikah daripada ibu bapa atau penjaga kepada anak itu sendiri.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.