Don’t miss out to grab your favourite colors on Plain Series. We ship worldwide.
Selain menjaga hubungan dengan Allah, manusia juga perlu menjaga hubungan sesama manusia. Seorang muslim yang baik dari segi mental dan fizikal sangat dituntut untuk bergaul dengan masyarakat dan yang menjadi kepentingan dalam pergaulan adalah akhlak yang mulia kerana akhlak yang mulia itu adalah cerminan kesempurnaan iman seseorang muslim. Menjaga hubungan sesama manusia bukan sahaja terhadap orang masih hidup akan tetapi terhadap orang telah meninggal dunia juga sepatutnya dijaga dengan baik di atas dasar pengorbanan dan jasa-jasa orang itu.
Antara adab terhadap manusia adalah:
Ibu bapa yang paling banyak berkorban dan memberi kita kasih sayang dari kecil sehingga dewasa. Ibu mengandungkan kita selama 9 bulan dan menyusukan kita. Manakala, bapa sibuk mencari nafkah dalam membesarkan kita dengan adik beradik yang lain, dalam mendidik kita sehingga kini dan begitulah rutin harian mereka. Antara cara kita dapat berbakti kepada ibu bapa:
Tingkah laku di sekolah juga harus dijaga kerana banyak orang yang melihat sikap kita di sekolah antaranya guru yang merupakan tenaga pengajar dalam institusi pembelajaran terutama sekali dengan rakan- rakan di sekolah.
Guru mengajarkan pelbagai ilmu pengetahuan dan pendidikan, ibu bapa kita tidak mendapat kesempatan yang luas untuk menguasai semua bidang pengetahuan yang ada, hanya bidang tertentu saja. Sebab kita disuruh oleh ibu bapa ke sekolah agar memperoleh pelajaran dan pendidikan sesuai dengan kita.
Dalam institusi kekeluargaan harus dijaga hubungan yang baik agar menjadi lebih harmoni dan sikap toleransi dalam keluarga dipupuk demi mengelakkan perbalahan dan perpecahan dengan sanak saudara. Sanak saudara adalah orang yang paling hampir dengan ibu bapa kita dan sangat perlu dijaga hubungan.
Saudara merupakan orang yang sangat penting untuk menghulurkan bantuan ketika dalam kesusahan dan keistimewaan perhubungan itu mesti dijaga dengan baik. Cara kita menghormati ahli keluarga dan saudara:
Jiran tetangga juga masyarakat yang berada di sekeliling kita dan hubungan dengan jiran amat perlu dipupuk agar kesejahteraan jiran tetangga itu wujud. Jiran juga merupakan orang yang duduk di sekeliling rumah kita dan merupakan orang terdekat untuk meminta bantuan dan sebagainya selain daripada sanak saudara yang duduk berjauhan.
Antara adab-adab jiran:
Tetamu merupakan orang yang perlu kita bagi penghormatan dan menjaga ikatan silaturahim dengannya kerana menerima tetamu adalah salah satu tuntutan dalam Islam. Tetamu juga dikatakan sebagai rezeki dan kurniaan daripada Allah. Antara adab melayan tetamu:
Amalan Rasulullah sebelum tidur menjadi ibadah sunah bagi umat Islam. Beberapa amalan yang beliau terapkan setiap hari memberi nilai positif bagi kesihatan tubuh dan mental, termasuk meningkatkan iman pada Allah SWT. Bagi seorang muslim, alangkah baiknya menyerahkan diri dengan pasrah yang tulus pada Allah SWT menjelang tidur. Dibawah Kak M kongsikan beberapa amalan Rasulullah sebelum…
8 MAKANAN SUNNAH YANG ANDA BOLEH AMALKAN Apa itu Sunnah? Sunnah ini merupakan hadis atau sirah yang diriwayatkan atau diceritakan berkait dengan Rasulullah SAW. Sunnah ini berkenaan perlakuan mahupun perkataan yang dilakukan atau disebut oleh baginda. Sunnah ini sememangnya diikuti oleh masyarakat Islam. Ia menjadi tunjang utama dalam kehidupan seharian mereka. Apabila masuk ke bahagian…
7 PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN PUASA Ramadhan secara istilah bermakna menahan diri dari segala hal yang boleh membatalkan puasa. Puasa bukan sahaja mengajar umat Islam menahan diri dari lapar dan dahaga malah menahan diri dari melakukkan perkara yang sia-sia yang mendatangkan dosa. Waktu bermulanya puasa adalah terbit fajar (waktu subuh) hingga terbenamnya matahari (waktu maghrib)…
Menurut sebuah hadis: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian di ikuti dengan 6 hari puasa di bulan Syawal pula, samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” (Riwayat Muslim Ahmad Abu Daud Al Tarmizi Ibnu Majah). Di sana juga terdapat perbincangan mengenai keharusan menggabungkan niat puasa qadha dengan enam hari di Bulan Syawal. Para ulamak ada menghuraikannya seperti…
Hati Mudah Gelisah dan Tak Tenang? Lakukan 4 Amalan Berikut LUMRAH kehidupan, hati seseorang itu akan menjadi bolak balik seperti ada yang tak kena sehinggakan tiba-tiba berasa sedih, takut dan gelisah. Sebagai manusia yang tidak lari dari melakukan kesilapan dan dosa sudah pasti akan ada titik hitam dalam hati yang kuat mempengaruhi emosi. Tidak dinafikan…
Wanita dalam agama Islam sangat dilindungi dan sangat tinggi darjatnya kerana wanita merupakan makhluk yang kuat. Wanita boleh melakukan dan mengalami perkara yang tidak mampu dilakukan ataupun dialami oleh lelaki seperti mengandung, melahirkan, dan lain-lain. Namun selain itu, wanita juga kerap menjadi salah satu sumber ‘fitnah’ negatif yang merugikan banyak pihak lebih-lebih lagi dalam hal…
Copyright © 2022, Maryam Khadijah, All Rights Reserved.
WhatsApp us