7 PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN PUASA

7 PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN PUASA

Ramadhan secara istilah bermakna menahan diri dari segala hal yang boleh membatalkan puasa. Puasa bukan sahaja mengajar umat Islam menahan diri dari lapar dan dahaga malah menahan diri dari melakukkan perkara yang sia-sia yang mendatangkan dosa.

Waktu bermulanya puasa adalah terbit fajar (waktu subuh) hingga terbenamnya matahari (waktu maghrib) dengan niat kerana Allah. Harini Kak M nak kongsikan beberapa perkara yang boleh membatalkan puasa.

1) Makan Dan Minum Dengan Sengaja

  • Puasa korang akan terbatal jika makan dengan sengaja sama ada sedikit atau banyak.
  • Berhenti makan atau minum apabila mendengar azan Subuh.
  • Tetapi tidak terbatal puasa jika tidak segaja dan lupa bahawa korang sedang berpuasa.

2) Memasukkan Benda Ke Dalam Rongga Dengan Sengaja

  • Memasukkan sesuatu kedalam rongga tengah badan melalui laluan yang terbuka.
  • Ruang tengah termasuklah bahagian otak, dan bahagian bawah halkum, perut dan terus ke kemaluan depan dan belakang.
  • Laluan terbuka pula bermaksud lubang mulut, hidung, qubul dan dubur.

3) Muntah Dengan Sengaja

  • Puasa boleh terbatal jika korang dengan sengajanya muntah.
  • Tetapi tidak terbatal puasa jika korang mengalami morning sickness, sakit atau loya.

4) Bersetubuh Di Siang Hari

  • Melakukan persetubuhan diantara suami dan isteri di siang hari turut membatalkan puasa meskipun tidak mengeluarkan air mani.

5) Onani

  • Akan terbatalnya puasa kerana yakni mengeluarkan air mani dengan sengaja.

6) Keluar Darah Haid Atau Nifas

  • Bagi kaum wanita akan ada bulan datangnya darah haid atau darah nifas selepas melahirkan anak.
  • Jadi jika berada dalam situasi begini, wanita tersebut dilarang untuk berpuasa dan secara automatik akan terbatal puasa jika darah haid atau nifas keluar dari kemaluan wanita tersebut.

7) Gila Dan Murtad

  • Orang gila atau orang yang sudah murtad tidak diwajibkan untuk berpuasa.
  • Sekalipun mereka berpuasa namun puasa mereka itu tidak sah.

Semoga perkongsian ini dapat memberi peringatan kepada korang semua dan seluruh Umat Islam yang berpuasa di bulan Ramadhan.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.