7 CIRI WANITA SOLEHAH MEMBAWA KE SYURGA

7 CIRI WANITA SOLEHAH MEMBAWA KE SYURGA

Wanita solehah memiliki kelebihan dan kemuliaan dibanding wanita biasa. Wanita solehah adalah wanita yang taat pada agama dan dapat menjaga diri serta kehormatannya di dunia ini. Ia selalu berusaha menyempurnakan agamanya dengan melakukan banyak amalan dan kebaikan. Setiap wanita muslimah selalu ingin menjadi wanita solehah dan fakta lelaki mencintai wanita tidak hanya dari fizikal dan sifat wanita idaman lelaki saja, tetapi kesolehannya juga. Apa saja kelebihan wanita solehah? Jom Kak M kongsikan dengan korang.

 

  1. Merupakan calon isteri yang sempurna.

Calon isteri yang baik bagi seorang muslim adalah wanita yang baik akhlaknya, taat pada agama dan penurut pada suaminya. Dan semua ini akan ditemukan dalam diri wanita solehah sehingga tak heran banyak lelaki yang menginginkan seorang wanita solehah untuk dijadikan isteri. Inilah kelebihan wanita yang disukai lelaki dari sisi agamanya.

  1. Wanita solehah dapat masuk syurga dari mana-mana pintu saja.

Kelebihan wanita solehah berikutnya adalah ia dapat memasuk syurga mengikut pintu mana saja. Syaratnya adalah ia rajin menjalankan solat 5 waktu, berpuasa di bulan ramadhan, taat kepada suami dan dapat menjaga kehormatannya.

  1. Menjadi perhiasan dunia yang paling berharga.

Wanita solehah merupakan perhiasan dunia yang paling berharga. Hal ini berdasarkan pada sabda Rasulullah dalam hadis yang berbunyi “Seluruh dunia ini adalah perhiasan dan perhiasan terbaik di dunia ini adalah wanita sholehah” (HR. An-Nasa’i dan Ahmad).

  1. Wanita solehah jauh lebih baik dari lelaki.

Seorang wanita solehah jauh lebih baik dibanding seribu lelaki yang tidak soleh, 70 orang lelaki soleh dan 70 orang wali. Ini adalah keistimewaan dan kelebihan wanita solehah bagi perempuan yang dapat memenuhi syarat menjadi wanita solehah. Jadi, cara menjadi wanita sempurna di mata lelaki dan cara cepat meluluhkan hati lelaki cukuplah dengan mempersiapkan diri menjadi wanita solehah.

  1. Penuhilah bumi dengan keampunan untuknya.

Bagi wanita solehah yang taat kepada suaminya, maka malaikat di langit, burung di udara, ikan-ikan di laut, matahari dan bulan akan beristigfar untuknya selama ia redha dalam ketaatannya serta menjaga puasa dan solatnya.

  1. Mendapatkan seribu kebaikan dan dihapuskan seribu kejahatannya.

Kelebihan wanita solehah lainnya adalah ia akan mendapatkan seribu kebaikan dan akan dihapuskan seribu kejahatannya di dunia kala mengandung janin di dalam rahimnya. Selain itu para malaikat pun juga beristigfar untuknya. Hal ini juga merupakan kelebihan wanita hamil dimana seiap rakaat solatnya pun 80 kali lebih baik dari pada wanita yang tidak hamil.

  1. Wanita solehah lebih dulu masuk syurga dari suaminya.

Wanita solehah yang selalu menolong suaminya dalam urusan agama akan lebih dulu masuk syurga dibanding suaminya sendiri. Ini adalah keistimewaan yang diberikan Allah SWT kepada wanita solehah. Tentu saja dengan menjadi wanita solehah juga merupakan cara menjadi wanita idaman lelaki soleh.

 

Itulah 7 kelebihan wanita solehah yang harus diketahui wanita muslimah. Marilah kita sama-sama meraih kebaikan tersebut dengan cara menjadi wanita yang solehah dan juga cara menjadi ibu yang solehah bagi anak-anak. Kak M pasti ramai wanita diluar sana yang nak menjadi wanita solehah yang terbaik. Menjadi wanita solehah juga merupakan cara menjadi perempuan cantik luar dalam.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.