5 KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN MUSLIM WAJIB TAHU DAN FAHAM

5 Keistimewaan Bulan Ramadhan, Muslim Wajib Tahu dan Faham

Bulan suci Ramadhan 2022 tinggal beberapa hari lagi. Dalam proses melaksanakan ibadah, sudah tentu banyak kebaikan yang ada halangan dan dugaan. Korang mesti tak sabar kan nak melaksanakan ibadah dibulan Ramadhan ni? Banyak ganjaran pahala yang kita akan dapat. Sebagai umat Islam, wajib kita mengetahui beberapa keistimewaan bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan lain yang berikutnya. Mai Kak M nak kongsi beberapa keistimewaan bulan Ramadan untuk korang.

  1. Dilipatgandakan pahala amalan

Setiap amalan baik yang dilakukan pasti mendapat ganjaran daripada Allah. Nah, di bulan Ramadhan ini, segala amal dan ibadah yang korang lakukan akan dilipatgandakan pahalanya.

Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini, terdapat banyak ibadah khusus seperti solat tarawih, zakat fitrah, dan sedekah makan bagi mereka yang berbuka puasa. Supaya amal dan ibadah yang dilakukan dapat menambah pahala berlipat kali ganda.

  1. Membuka Pintu Kebaikan

Dalam riwayat hadis Bukhari dan Muslim, terutama apabila datang bulan Ramadhan, semua pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup rapat, dan syaitan diikat. Dengan itu, keistimewaan bulan Ramadan sebagai momentum untuk memperbanyakkan amal dan ibadah seluas-luasnya.

  1. Bulan Pengampunan Dosa

Setiap hamba yang benar-benar bertaubat dan menunaikan ibadah puasa Ramadhan dengan ikhlas, nescaya Allah akan membuka pintu keampunan seluas-luasnya atas dosa-dosa yang telah lalu. Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala, nescaya diampuni dosanya yang telah lalu.”

  1. Malam Lailatul Qadar

Keistimewaan bulan Ramadhan berikutnya adalah malam Lailatul Qadar yang lebih baik dari 1000 bulan. Malam yang juga dikenali sebagai malam seribu bulan adalah malam yang mulia. Hiasilah malam-malam terutama 10 hari terakhir Ramadhan dengan perbanyakkan amal dan ibadah untuk mendapatkan pahala malam Lailatul Qadar ini.

Malam Lailatul Qadar telah dijelaskan dalam Surah Al Qadar ayat 1-5 yang bermaksud, “(1) Sesungguhnya kami Allah telah menurunkan Al-Quran pada malam kemuliaan. (2) Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu. kemuliaan itu? (3) Malam kemuliaan yang lebih baik dari seribu bulan. (4) Malam itu turun para malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Allah untuk menguruskan segala urusan, (5) Malam itu penuh keselamatan hingga terbit fajar.”

  1. Al-Quran diturunkan oleh Allah

Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Pada bulan ini Al-Quran diturunkan. Sebagaimana maksud dan makna dalam Surah Al Baqarah ayat 185 yang berbunyi, “Bulan Ramadhan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an sebagai petunjuk manusia, penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu, dan pembeda (antara yang benar dan yang batil). “

Itulah antara keistimewaan bulan Ramadhan yang wajib diketahui dan ditafsirkan oleh setiap umat Islam. Semoga bermanfaat dan diberkati.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.