5 CARA MENGATASI STRESS

Stres adalah respon tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai tuntutan dalam kehidupan. Tuntutan-tuntutan tersebut mungkin merupakan perkara-perkara yang datang dari luar. Sebagai contoh, surat pinjaman bank yang tertunggak, teman, pekerjaan, atau hubungan dengan pasangan, atau mungkin juga datang dari fikiran sendiri.

Jom lakukan 5 cara ini bagi mengatasi stress dengan cepat dan berkesan:

1. Tidur sejenak

Tidur sejenak selama 30 – 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali

2. Teknik pernafasan

Antara teknik pernafasan yang berkesan untuk menghilangkan stress adalah pernafasan kotak atau dalam bahasa Inggeris iaitu “box breathing”. Cara melakukannya adalah amat mudah iaitu mengira sehingga nombor 4 ketika menarik nafas, menahan nafas yang ditarik, menghembus nafas, dan menahan nafas selepas menghembus.

3. Pergi berurut atau spa

 Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda

4Kerap ketawa

     Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stres yang ada hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan diwajah anda.

      5. Bersikap lembut terhadap diri sendiri

   Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara terus-menerus berbicara kepada diri kita sendiri. Berbicara kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan citra diri. Anda boleh mengubah kedua-dua perkara tersebut melalui pemikiran yang positif kepada diri anda sendiri.

Malahan pemikiran positif tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap  proses kimia tubuh yang menguntungkan, dengan cara mengaktifkan sistem saraf yang menimbulkan relaksasi. Sebaliknya, pembicaraan yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan terhadap sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa kelelahan.

Kesimpulannya, atasi stress anda denganhidup dengan sihat dan ceria!”.

Sumber: Tips Kesihatan 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.