15 Amalan Yang Wanita Boleh Lakukan Ketika Haid & Nifas

15 Amalan Yang Wanita Boleh Lakukan Ketika Haid & Nifas
Sebenarnya meskipun kita wanita berada dalam keadaan haid dan nifas, wanita tetap boleh melakukan beberapa amalan bagi mendekatkan diri padaNya sekaligus memperolehi ganjaran pahala sepanjang tempoh tersebut.
Seperti yang kita tahu, didalam tempoh tidak suci ini wanita dilarang sama sekali untuk mengerjakan beberapa ibadat seperti solat fardhu dan sunat serta tidak boleh berpuasa pada masa ini juga dilarang bersetubuh bagi wanita yang telah berkahwin. Oleh demikian pasti timbul rasa ingin tahu tentang apa perkara yang wanita boleh dilakukan sepanjang ‘tempoh cuti’ tersebut.
Berikut adalah beberapa perkara yang wanita boleh lakukan bagi mengisi kekosongan didalam hati.
- Mendengar Bacaan Al-Quran
Oleh kerana Wanita yang sedang haid tidak boleh membaca al-quran, gantikan bacaan al-quran yang dipasang di radio atau pemain mp3.
- Membaca Tafsir Al-Quran
Kaji dan cuba fahami isi al-quran melalui terjemahannya.
- Mengulang Tafsir Al-Quran
Sekiranya ada surah-surah dari al-quran yang sudah dihafal, anda boleh menggunakan masa ini untuk mengulang hafalan.
- Berzikir
Basahkan lidah dengan zikir seperti bertahlil, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.
- Membaca Al-Ma’thurat
Baca al-ma’thutrat dengan niat untuk berzikir
- Berselawat
Rajinkan berselawat kepada Nabi.
- Bertaubat
Gunakan masa ini untuk memperbanyakkan istighfar, memohon keampunan dari Allah.
- Berdoa
Banyakkan berdoa sama ada doa itu termasuk dalam Al-Quran atau tidak.
- Membaca Buku Agama
Tambahkan ilmu pengetahuan dengan membaca buku-buku agama.
- Hadir Ke Majlis Ilmu
Tambahkan ilmu dengan mendengar ceramah, atau mendengar ceramah melalui televisyen dan youtube.
- Menyampaikan Dakwah
Turut serta dalam menyebarkan dakwah. Gunakan masa ini untuk menyampaikan atau berkongsi ilmu agama walaupun dengan ahli keluarga.
- Muhasabah Diri
Ambil sedikit masa untuk mengingati semua kekurangan diri, mensyukuri pemberian Allah SWT, memikirkan bahagian yang perlu diperbaiki.
- Memperelokkan Akhlak
Elokkan akhlak dengan suami, ibu bapa, dan mereka yang berada di sekeliling. Jadikan ini ruang untuk berbakti kepada keluarga terutama ibu bapa.
- Beramal Kebajikan
Mudahkan hati untuk bersedekah atau membantu mereka yang memerlukan.
- Cuci Telekung
Ini adalah masa untuk mencuci telekung sebelum menggunakannya semula selepas anda mandi wajib.
Islam bersikap adil terhadap wanita. Walapun beberapa ibadat diharamkan, wanita Islam yang sedang dalam haid terlepas daripada pelbagai label yang memalukan. Semoga info yang Kak M kongsi ini bermanfaat untuk korang semua.